Selangor sedia 40 pam air hadapi banjir

Kerajaan Selangor bersedia untuk menggerakkan 40 unit pam air di mana-mana lokaliti berisiko banjir di sekitar negeri ini, sepanjang musim tengkujuh.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam memastikan kelancaran penggunaan pam-pam itu.

“Kita (kini) sudah ada banyak pam, sekarang kita ada 40 pam tersedia untuk digerakkan di mana-mana lokaliti (banjir). Ia termasuk 30 pam (air) daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd.



Cuma selain daripada pam, kena bersedia dengan generator. Kalau ada pam tetapi tiada generator, tiada guna. Justeru, pihak TNB juga diminta bersedia untuk menggerakkan generator (mudah alih) mereka bagi pam-pam air yang menggunakan tenaga elektrik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2024 oleh Menteri Besar Amirudin Shari.

Ditanya mengenai hasil penaiktarafan sistem pam di Taman Sri Muda, Izham berkata langkah itu dilihat memberi impak yang positif.

“Projek menaik taraf pam bagi Taman Sri Muda berjalan lancar dan kita jangka siap pada Februari tahun depan, apabila siap nanti kawasan itu akan mempunyai sembilan pam air semuanya dengan kapasiti pengepaman 13,000 liter per saat.



Lepas naik taraf itu dibuat, kita jangka tiada lagi kejadian banjir besar berlaku di kawasan tersebut. Selain itu, kerajaan persekutuan juga meluluskan peruntukan RM160 juta bagi pembinaan tembok penghalang banjir khusus di Seksyen 25 (Taman Sri Muda),” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker