“National Embarrassment” – SPRM perlu telus isu Zeti
“National Embarrassment”-Memalukan! Pendedahan Tommy Thomas mengenai Zeti Akhtar Aziz seolah tidak diendahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM.
Sehingga hari ini pihak SPRM masih berdiam diri tanpa sebarang kenyataan mengulas pendedahan bekas Peguam Negara dalam satu temubual maya.
Adakah SPRM bacul untuk menyatakan kebenaran atau SPRM sendiri di bawah ‘kawalan’ individu tertentu yang mahu melindungi ‘kezaliman’ tertentu keatas individu lain?
Bukan sahaja pendedahan Tommy malah dokumen pengakuan Tawfiq Ayman menerima wang berjumlah RM700 juta dari TIA/1MDB di mana dipulangkan semula sebanyak RM64 juta tidak diendahkan.
Intergriti SPRM mula menjadi persoalan besar mengapa langsung tidak ‘berkokok’ dalam hal ini.
Malah pendedahan dokumen penglibatan beberapa nama lain juga tidak diberikan ‘highlight’ oleh SPRM, tidak seperti kes Najib Razak yang disensasikan banyak pihak termasuk SPRM.
Adalah diharapkan agensi tersebut tidak menjadi sebahagian alat atau tunggangan pihak tertentu untuk kepentingan ‘politik’ mereka yang berkepentingan.
Seterusnya baca di sini