MENJADI “PENDESAK” KEPADA KERAJAAN SENDIRI. UNTUNG ATAU RUGI?

Oleh Megat Terawih

UMNO menjadi pendesak kepada kerajaan PH selama 22 bulan yang diketuai DS Ismail Sabri sebagai Ketua Pembangkang sememangnya berjaya dan mencapai kejayaan berdepan kerajaan PH. Beberapa U-turn dilakukan kerajaan PH hasil desakan UMNO dan parti-parti seperti PAS dan GPS yang berada dalam barisan pembangkang ketika itu.

Setelah PH tumbang dan satu kerajaan dibentuk dan didalamnya UMNO, PAS, PPBM dan GPS. Ketika itu sebahagian UMNO masih menjadi “kumpulan pendesak” kepada kerajaan walhal UMNO telah menjadi sebahagian dari kerajaan. Ini kerana UMNO menganggap kuasa pemutus bukan berada ditangan pemimpin UMNO apabila Perdana Menteri dari PPBM.

Hasil desakan berterusan itu maka tumbanglah kerajaan yg dipimpin TSMY sehingga memperlihatkan desakan berani mati UMNO hampir sahaja menyerahkan kerajaan tersebut kepada Anwar Ibrahim yang berusaha mendapatkan kepercayaan beberapa lagi ahli parlimen termasuk dari kalangan MP UMNO sendiri.

Hari ini Perdana Menteri telah bertukar kepada pemimpin UMNO iaitu Naib Presiden UMNO sendiri. Konsep #KeluargaMalaysia menjadi penyatuan rakyat yg telah dipecahkan bermula pemerintahan PH. Rakyat merasa lega dan yakin akan kestabilan politik yang ada hari ini. Maka menjelmalah satu kejayaan besar UMNO/BN di Melaka hasil dari kestabilan politik yang berjaya UMNO/BN buktikan diperingkat pusat.

Persoalan yang mahu saya lontarkan ialah apakah untung atau rugi apabila segelintir “Orang UMNO” masih menjadi pendesak kepada Perdana Menteri dari UMNO dan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Naib Presiden UMNO yang mendapat blessing dari seluruh kepimpinan UMNO sendiri?

Secara berterus terang Tok Mat Hassan Timbalan Presiden mendesak seawal keputusan Menang Besar PRN Melaka agar parlimen segera dibubarkan. Beberapa “pendesak upahan”(juga mengaku UMNO) yang mencari makan dengan perpecahan antara pemimpin juga lantang mendesak kerajaan Zuntuk melakukan itu dan ini. Agendanya masih sama untuk segera bubarkan kerajaan.

Sy tidak mahu pertikaikan soal keberkesanan membubar parlimen itu pada saat ini tetapi sy cuba berfikir secara rasional apabila “orang UMNO” menjadi pendesak kepada Perdana Menteri dari UMNO. Apakah itu menguntungkan UMNO atau pun tidak?

Sebelum DS Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri, telah berlaku puluhan siri pertemuan dan persetujuan antara pemimpin2 tertinggi sehingga ianya diendoskan dalam MT. Dibincang lumat dan sebagai PM yang dilantik dan disokong oleh parti sendiri, DS Ismail Sabri pasti ada persetujuan dan persefahaman khususnya antara beliau dengan Presiden UMNO DS Zahid Hamidi. BossKu tidak ketinggalan menjadi antara rujukan penting sebagai bekas PM dan Penasihat parti.

Kita tidak terkejut jika desakan itu datang dari pembangkang. Kita tidak terkejut jika desakan datangnya dari PPBM atau PAS sekali pun. Apa yang jelas apabila ada dan berlaku “desakan” dari pemimpim dan pemain utama UMNO sendiri ianya boleh mencerminkan beberapa tanggapan negatif dari masyarakat.

Pertama rakyat melihat UMNO berpecah. Rakyat melihat dalam UMNO ada kumpulan ini dan kumpulan itu. Rakyat melihat Perdana Menteri dari UMNO didesak oleh rakan dalam partinya sendiri. Seolah tidak ada medium atau medan perbincangan tertutup bersifat sulit dengan Perdana Menteri. Adakah itu menguntungkan UMNO?

Keduanya jika apa yang didesak itu merupakan strategi yang harus menjadi rahsia atau strategi yang boleh memberikan UMNO kelebihan mana mungkin ianya dibincang secara terbuka dan strategi itu tidak lagi menjadi satu strategi yang boleh membunuh parti-parti lawan.

Yang menghairankan saya juga sejak bila UMNO membuat atau memutuskan keputusan diluar mesyuarat MT. Presiden tidak bersuara apa pun lagi tetapi Timbalan Presiden seolah mewakili keputusan atau kehendak parti untuk mendesak PM membubarkan Dewan Rakyat. Setahu saya keputusan-keputusan sebesar itu pasti akan dibincangkan secara tuntas dalam mesyuarat Top 5, mesyuarat biro politik dan akhirnya dibincangkan dalam MT secara tertutup.

Tetapi hari ini Timbalan Presiden terlalu lantang mendesak PM untuk menyegerakan pembubaran parlimen setelah UMNO/BN  menang di Melaka. Bedah siasat kepada kemenangan belum pun dibuat secara detail. Data belum kita tahu penyumbang kepada kemenangan besar itu. Apakah data-data yang menyebabkan BN menang selesa. Semua itu harus dikumpulkan dan bukannya hanya dengan melihat pada mata kasar.

Apabila satu strategi tidak lagi menjadi strategi kepada UMNO yang sepatutnya menjadi kelebihan apabila melibatkan soal pembubaran yang menjadi prerogatif PM dari UMNO maka kita telah membuka ruang untuk musuh politik kita mula bersedia dan membuat gerakan atau mencari perancangan segera berdepan “desakan” yang amat merugikan parti.

Apakah hanya kerana diberikan mandat sebagai Pengarah Pilihanraya Melaka dan BN menang di Melaka maka Tok Mat telah mendapat satu kuasa yang lebih besar melebihi Presiden dan Biro Politik UMNO untuk menjadi pendesak kepada Kerajaan UMNO sendiri?

Sejujurnya sepanjang sesi pengumuman kemenangan di Command Center di Melaka, saya memerhati keakraban antara pemimpin2 UMNO. Antara Presiden DS Zahid dan BossKu. Antara DS Ismail Sabri dengan Presiden. Antara DS BossKu dengan PM DS Ismail Sabri. Kita sebagai penyokong yang melihat dari kaca TV amat yakin hubungan itu bukan lakonan tetapi sememangnya mereka ini saling menghormati antara mereka.

Tapi saya tidak terlihat akan keakraban antara Tok Mat Hassan sebagai Timbalan Presiden dengan PM DS Ismail Sabri. Sejujurnya saya mencari captured lensa camera rakan-rakan lain yang tidak terjumpa moment itu. Apakah Tok Mat Hassan sememangnya tidak sebulu dengan Naib Presiden? Dan apakah Tok Mat Hassan memang melihat DS Ismail Sabri sebagai pesaing beliau sehingga tidak ada keakraban yang boleh dilihat dari 2 sosok ini didepan masyarakat?

Apa jua agendanya, jangan sampai rakyat melihat UMNO sebagai parti yang meraikan perpecahan. UMNO tidak boleh dilihat berpecah. Keyakinan rakyat kepada kerajaan dan UMNO harus dikendalikan dengan baik agar diterjemahkan dalam bentuk undi pada PRU15 nanti.

#UMNOMemimpin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker