Thaksin, Yingluck makan char kuetiau di P. Pinang

Thaksin, Yingluck makan char koeyteow di P. Pinang

Dua beradik yang merupakan bekas Perdana Menteri Thailand mempunyai alasan tersendiri untuk memilih percutian ke Pulau Mutiara selain mahu mengabaikan momen tersendiri mereka buat kali kedua di negeri ini.

Thaksin Shinawatra, 73, dan adiknya, Yingluck Shinawatra, 55, dikatakan mula berkunjung ke negeri ini sejak Rabu lalu bagi menikmati beberapa tempat percutian menarik di Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ini.



Yingluck menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya kelmarin telah memuatnaik foto dalam album Penang2022 dengan perkongsian 15 keping gambar ketika berada bersama abangnya di Lebuh Campbell, Lebuh Armenian dan Pasar Lebuh Cecil.

Wanita itu juga turut meletakkan foto ketika menikmati makanan popular seperti char kuetiau, cendol dan ais kacang serta gambar kenangan menaiki beca dengan abangnya.

“Datang ke Penang buat kali kedua. Setelah sekian lama datang mencari kenangan lama bersama abang.

“Bandar di sini telah banyak berubah. Nampak suasana Phuket di negara kita. Rindu. Makanan pun serupa. Dan yang lebih pelik adalah bandar ini sering mempunyai tempat bergambar di sepanjang laluan pejalan kaki atau kedai untuk orang ramai mengambil gambar sebagai kenangan.



“Saya mahu bandar pelancongan kita (Thailand) bertambah baik untuk mempunyai lebih banyak tempat yang tidak dapat dilupakan dan mengambil gambar. Apabila seseorang mengambil gambar, orang akan menganggapnya dan mengingatinya sebagai perhubungan awam,” tulisnya.

Selian itu, tulisnya lagi: “Pergi dalam cahaya terutama dalam era pasca-Covid, orang ramai cenderung mengikuti trend media sosial untuk mengambil gambar dan mendaftar masuk.

“Saya dan abang kemudiannya mengambil peluang untuk pergi serta mencari beberapa pencuci mulut lama untuk dimakan dan ini membuatkan saya agak rindu dengan rumah.”

Sehingga hari ini, hantaran tersebut mendapat 79,000 pelbagai reaksi dan 2,500 komen daripada pengguna laman sosial.



Untuk rekod, Thaksin dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand dari tahun 2001 hingga 2006 manakala Yingluck pula menjadi Perdana Menteri wanita pertama di negara gajah putih itu antara tahun 2011 dan 2014.

Terdahulu, pada Jun tahun lalu, Pulau Pinang sekali lagi memperoleh pengiktirafan antarabangsa apabila media berpengaruh di India, Times of India menamakan bandar raya ini sebagai salah satu UNESCO terbaik di Asia. K Online

Thaksin, Yingluck makan char koeyteow di P. Pinang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker