Tegur ucapan Tuan Guru, Nik Amar bidas Presiden Gerakan

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau sepatutnya bertemu dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk mendengar sendiri penjelasan mengenai kenyataan Presiden Pas itu yang didakwa berunsur perkauman.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Gerakan adalah sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) dan perlu ada perbincangan dalaman terlebih dahulu sekiranya timbul ketidakpuasan hati.

“Kalau ada apa-apa tidak puas hati atau kurang sesuai sepatutnya rujuk kepada Majlis Presiden, bawa dalam mesyuarat atau bercakap terus dengan Presiden Pas.



“Tanya dia apa yang dimaksudkan dengan kenyataan itu dan tujuannya, tiada keperluan buat kenyataan akhbar secara terbuka. Saya tak nak komen lebih,” ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, Dominic memberitahu pihaknya akan membangkitkan isu mengenai kenyataan berunsur perkauman yang dikeluarkan Abdul Hadi pada mesyuarat kepemimpinan PN pada Isnin.

Ia mengambil kira ketidakpuasan hati dibangkitkan akar umbi parti itu terhadap Pas khususnya Abdul Hadi yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang menyasarkan bukan Melayu.

Ini kerana, Gerakan mempunyai pendirian sendiri iaitu sebuah parti non-etnik



Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari tidak bersedia untuk memberi sebarang komen dan hanya menunggu isu tersebut dibangkitkan dalam mesyuarat.

“Kalau nak bawa dalam mesyuarat tiada apa yang perlu dikomen, tunggu sahaja memandangkan saya pun ahli mesyuarat,” jelasnya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda



Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker