#PRNMelaka : Kemenangan pertama BN diharapkan di N01 Kuala Linggi

Oleh Wahida

Amanah diserahkan dari bapa untuk anaknya, itulah suasana yang berlaku di Kompleks Japerun Kuala Linggi di hari penamaan calon hari ini.

Mantan ADUN Kuala Linggi selama 2 penggal, Datuk Ismail Othman turut hadir dan bersama-sama mengiringi calon Barisan Nasional, seorang guru muda anak tempatan Kuala Linggi, Rosli Abdullah atau mesra dengan panggilan Cikgu Rosli.

Setelah bacaan doa selesai, kelihatan Datuk Ismail dan Cikgu Rosli berpelukan untuk mendapatkan restu sebelum melangkah Kompleks Japerun untuk menyerahkan borang pencalonan. Cikgu Rosli adalah calon terawal yang kelihatan di dalam dewan kemudian dituruti calon dari BEBAS, Kamisan Palil, Julasapiyah Kassim(PH-Amanah) dan
Aziah Mohd Sa’ad (PN-PAS).

Pada PRU14 lalu, Barisan Nasional telah berjaya mengekalkan kerusi tradisi Barisan Nasional dengan kelebihan majoriti sebanyak 1,372.

PRN Melaka 2021 kali ini, menyaksikan pertandingan 4 penjuru.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengesah penerimaan keempat-empat borang pencalonan dan setelah tiada bantahan dibuat dari mana-mana parti, berikut adalah calon-calon yang akan bertanding yang mendapat kelulusan SPR;

Calon No. 1: Rosli Abdullah(Barisan Nasional)
Calon No. 2: Julasapiyah Kassim(Pakatan Harapan)
Calon No. 3: Kamisan Palil (Bebas)
Calon No. 4: Aziah Mohd Sa’ad(Perikatan Nasional)

Berbekalkan restu dan sokongan dari seluruh jentera parti yang juga diamanahkan mantan ADUN Kuala Linggi, peluang Cikgu Rosli untuk kemenangan pertama bagi Barisan Nasional nampaknya agak positif.

Paling utama, pengundi perlu diingatkan bahawa calon BN adalah calon nombor 1.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker