PRN Melaka: Gandingan Calon Mengikut Kehendak Akar Umbi – Sulaiman [VIDEO]

Oleh Ustaz Jeff

[videopress gfdAE71y]

Dalam satu temubual Bersama YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali selepas majlis pengumuman calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi PRN Melaka, beliau memaklumkan bahawa calon-calon yang dikemukakan adalah mengikut kehendak akar umbi.

Sulaiman menggariskan beberapa pengharapan kepada semua calon khususnya muka-muka baharu tersebut.

Berikut adalah intipati ucapan beliau:



“Saya mengucapkan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti yang telah mengumumkan calon-calon Barisan Nasional pada pagi tadi. Pada saya calon-calon kali ini kebanyakannya adalah daripada muka-muka baharu yang datangnya dari pelbagai latar belakang.”

“Saya yakin calon-calon baharu ini akan dapat melunaskan segala cadangan dan perancangan yang sedang dirancang mahupun yang telah dijalankan kerana banyak perkara yang boleh dilaksanakan apabila kerajaan BN diberikan kepercayaan untuk terus mentadbir daan mengurus Negeri Melaka.”

“Saya rasa inilah barisan muka-muka baharu dan juga gandingan muka lama sepertimana kehendak akar umbi terutamanya apabila akar umbi inginkan di kalangan mereka datangnya daripada golongan professional, teknokrat dan sebagainya.”

“Jadi muka-muka baharu ini saya yakin mampu untuk merealisasikan menjadikan Melaka lebih berdaya maju dan berdaya saing pada masa akan dating.”



“Satu perkara lagi saya ingin menasihatkan diri saya dan calon-calon muka baharu ini, bekerjalah sebaik mungkin pastikan inspirasi kerajaan dan juga rakyat untuk memajukan negeri Melaka ke sebuah negeri maju dan berdaya saing,”

“Ingat kepada calon-calon kita ada tugas yang perlu kita selesaikan sebagaimana plan Melaka maju jaya 2035. Insha Allah dan saya yakin calon-calon muka baharu ini boleh Bersama-sama saya dan rakan-rakan yang lain memajukan dan memakmurkan negeri Melaka di pimpinan Barisan Nasional.”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker