PRNMelaka2021: Melaka ‘Next Republic’?
Oleh BamJekk
Benarkah DAP kuat di negeri yang tidak beraja sepertimana Pulau Pinang dan Melaka?
Analisa yang dibuat pada pilihan raya umum ke 14, DAP menguasai Pulau Pinang dengan memenangi kerusi dewan undangan negeri (DUN) sebanyak 19 kerusi daripada 40 kerusi dipertandingkan keseluruhannya, manakala Pakatan Harapan(PH) memperolehi 33 kerusi dan selebihnya UMNO, PPBM dan PAS.
LINK : https://en.wikipedia.org/wiki/Penang_State_Legislative_Assembly
Bagi negeri Melaka pula DAP mendapat 8 kerusi DUN serta keseluruhan PH 12 kerusi, manakala selebihnya UMNO dan Barisan Nasional (BN). PH telah memerintah Melaka selama 22 bulan selepas PRU 14 yang lalu.
LINK : https://en.wikipedia.org/wiki/Malacca_State_Legislative_Assembly
Apa yang penting, cita-cita dan hasrat sebenar DAP perlu difikirkan dengan lebih mendalam demi masa depan semua kaum terutamanya bangsa Melayu Islam di Malaysia ini.
Sebagai pedoman kepada kita semua, lihatlah sejarah bagaimana Lee Kuan Yew mendesak kerajaan persekutuan dengan ideologi Malaysian Malaysian yang mana di ketuai sebuah parti dominan Singapura iaitu PAP untuk merampas Singapura dari Malaysia.
Demi menggelak pertumpahan darah berlaku ketika itu, Tunku Abdul Rahman terpaksa mengumumkan perpisahan Malaysia dan Singapura pada 9 Ogos 1959 dan secara rasminya wilayah Singapura dikuasai oleh PAP berdekad lamanya sehingga kini.
Demikian juga cara dan hasrat DAP Malaysia yang dilihat sebahagian dari saki baki kepada PAP Singapura sedang menggunakan cara yang sama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik di masa akan datang dengan matlamat yang sama dengan PAP.
Malah gerakan itu tidak pernah berhenti sehingga kini dan rakyat Malaysia boleh melihat semua perkara yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka yang mana mereka telah menguasai ibu-ibu negeri pantai barat melalui pilihan raya umum.
Malah sejak PRU 13 dan 14, mereka meneruskan agenda tersebut dengan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan 50 peratus Melayu diseluruh negara. Kini perkara tersebut berlaku sekali lagi dalam pilihan raya negeri Melaka yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.
Seorang lagi calon Melayu diangkat sebagai calon DAP dari DUN Pengkalan Batu, Muhamad Danish Zainudin yang mana sebelum ini disandang oleh Norhizam Hassan Baktee yang telah keluar dari parti tersebut.
Berikut adalah senarai penuh calon DAP untuk PRN Melaka 2021.
N07 Gadek – G Saminathan
N15 Pengkalan Batu – Muhamad Danish Zainudin (muka baru)
N 16 Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
N19 Kesidang – Allex Seah Shoo Chin
N20 Kota Laksamana – Low Chee Leong
N21 Duyong – Damian Yeo Shen Li
N22 Bandar Hilir – Leng Chau Yen (muka baru)
N24 Bemban – Tey Kok Kiew
Rakyat Melaka perlu selamatkan bumi Hang Tuah dari parti DAP agar tidak terus bertapak di bumi Melaka lagi. Jangan sesekali memperjudikan nasib rakyat sepertimana PRU 14 yang lalu. Pilihlah mudarat lebih kecil dari mudarat yang lebih besar demi bangsa, agama dan tanah air tumpah darah kita.