Bekas Ketua Menteri Melaka Tidak Mengaku Penganut Syiah
Oleh Jimmy
Bekas Ketua Menteri, Adly Zahari mengaku beliau bukan penganut syiah namun tindakannya mengharamkan Zakir Naik, pendakwah Islam terkenal dunia menimbulkan pertanyaan kepada umat Islam di Melaka khasnya.
Kenapa Adly dilihat begitu takut dengan Zakir Naik?
Alasan yang beliau guna adalah kerana menimbulkan kemarahan sesetengah masyarakat pelbagai kaum di negara ini, khususnya kaum Cina dan penganut Hindu. Ini adalah alasan yang karut dan tidak munasabah.
Siapa Zakir Naik? Adakah Adly tidak tahu bahawa Zakir hanyalah berceramah tentang Islam, apa itu ajaran Islam dan siapakah Tuhan dan Nabi bagi orang Islam. Bagaimana orang mukmin hidup dan sebagainya. Di akhir ceramah, Zakir membuka persoalan kepada orang bukan Islam untuk bertanya. Tiada paksaan dan ianya terbuka. Malah kehadiran pun terbuka bagi sesiapa yang ingin datang ke majlis syarahannya.
Soalan tiada sekatan, bebas untuk bertanya walaupun soalan tersebut kadang-kadang dilihat seperti ingin remehkan ajaran Islam. Namun Zakir kekal tenang dan jawab sebaik mungkin. Akhirnya yang terserah kepada yang bertanyakan soalan, Ada yang berpuas hati dan terbuka untuk memeluk Islam, ada yang menerima jawapan tersebut namun tidak memeluk Islam.Terserah, keislaman individu adalah hidayah khusus dari Allah swt dan ini Adly tahu namun mengelak untuk menerima hakikatnya.
Adly memilih menggunakan alasan yang dangkal, kemungkinan jawapan beliau adalah arahan dari ‘Abang besar’, DAP?
Apabila melibatkan Islam, keluarlah alasan kononnya ketenteraman tergugat namun kiranya perkara yang menyentuh, menghina Islam, kenapa Adly berdiam diri dan tidak bersuara sebagai pejuang keamanan?
Jangan kerana membeli undi Cina dan India Melaka, ceramah yang hanya bersifat penerangan apa itu Islam dan pencerahan apa itu kepercayaan Hindu dan sebagainya dianggap ekstrim. Dengar sampai habis syarahan Zakir Naik bukannya dijadikan modal politik murahan.
Umat Islam Melaka jangan bersubahat. Hanya Syiah sahaja yang bencikan Nabi saw.