Wanita bogel sembunyi dalam tangki air

Wanita bogel sembunyi dalam tangki air

BAGAN SERAI: Seorang wanita ditahan selepas memanjat tangki air milik Lembaga Air Perak (LAP) berhampiran sebuah pasar awam, di sini, sebelum berbogel.

Wanita berusia 39 tahun itu ditahan selepas berjaya dipujuk anggota bomba untuk turun dari tangki, sebelum dibawa ke Balai Polis Bagan Serai untuk tindakan lanjut.



Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff, mengesahkan kejadian itu dengan wanita terbabit mendakwa berada di atas tangki berkenaan kerana bersembunyi daripada diganggu individu tidak dikenali.

“Siasatan awal mendapati wanita itu menetap di Kuala Lumpur dan tiba di Bagan Serai semalam dengan menaiki kenderaan awam.

“Difahamkan, wanita itu pernah menetap di kawasan itu sewaktu kanak-kanak ketika bapanya bertugas sebagai seorang guru dan perkara itu disahkan ahli keluarganya,” katanya.

Polis dalam proses menyerahkan wanita berkenaan kepada keluarganya di Kuala Lumpur.



Terdahulu penduduk Bagan Serai gempar dengan tindakan seorang wanita memanjat dan memasuki tangki air milik LAP kira-kira jam 2 petang.

Ketika berada di atas tangki setinggi hampir 50 meter itu, wanita terbabit membuka pakaian sebelum mencampaknya bersama beberapa barangan lain. BH

Wanita bogel sembunyi dalam tangki air

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba



Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker