BN Kelantan yakin boleh menang 16 kerusi

BN Kelantan yakin boleh menang 16 kerusi

Kota Bharu: Barisan Nasional (BN) Kelantan yakin setakat ini 16 kerusi akan dimenangi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos nanti.

Setiausahanya, Datuk Md Alwi Che Ahmad, berkata ia termasuk lapan kerusi yang disandang mereka dapat dikekalkan.



“Melihat kepada situasi terkini, saya yakin kita dapat kekalkan lapan kerusi milik kita selain tambahan lapan kerusi lagi termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat dan Melor.

“Insya-Allah secara keseluruhan 16 kerusi kini kita yakin menang. Ini tidak termasuk kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan (PH).

“Kita berharap PH dapat memenangi sekurang-kurangnya tujuh kerusi daripada 14 kerusi yang ditandingi mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, momentum BN dan PH kini semakin baik dan pihaknya yakin rakyat Kelantan sudah sedar dan mahu berubah.



“Justeru kita berharap momentum ini berkekalan sehingga 12 Ogos nanti sekali gus menjadikan PH dan BN semakin kuat di Kelantan,” katanya.

Untuk PRN di Kelantan, BN bertanding di 31 kerusi manakala PH bertanding di 14 kerusi. HM

BN Kelantan yakin boleh menang 16 kerusi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’



Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker