Perjanjian di­me­terai antara Kerajaan Negeri Johor dengan British boleh diubah

Perjanjian di­me­terai antara Kerajaan Negeri Johor dan British berhubung ke­benaran membina dan menyelenggara rumah api di Pulau Pisang, Pontian, Johor boleh diubah kerana negara ini sudah merdeka dan tidak terikat dengan dokumen berkenaan.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, pengamal undang-undang, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, berdasarkan hujah undang-undang antarabangsa, Malaysia boleh mengubah dan meminda perjanjian yang dimeterai ketika zaman penjajahan pada masa ini.

Bagaimanapun ujar beliau, perkara itu bergantung kepada kandungan dokumen tersebut yang memperincikan butiran per­janjian melibatkan pembinaan rumah api yang diuruskan Singapura.

“Berdasarkan hujah undang-undang antarabangsa, negara telah merdeka tidak terikat de-ngan perjanjian zaman kolonial (penjajahan). Ini bermakna perjanjian itu boleh diubah. Bukan sahaja melibatkan Pulau Pisang, tetapi juga perjanjian air dengan Singapura.

“Perjanjian zaman kolonial boleh diubah sebab kita tidak terikat. Namun sebarang pindaan perjanjian perlukan perbincangan antara dua kerajaan iaitu melibatkan Malaysia dan Singapura,” katanya ketika dihubungi semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Malaysia tidak akan hilang kedaulatan terhadap Pulau Pisang, di sini tetapi rumah api di kepulauan tersebut akan diuruskan Singapura selagi terbitnya matahari dan bintang

Keadaan itu berdasarkan perjanjian ditandatangani pada tahun 1900 antara Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Ibrahim dengan Gabenor ne­geri-negeri Selat, Sir James Alexander Swettenham berkaitan Pulau Pisang yang diyakini te­rus dipatuhi.

Mengikut perjanjian itu, Pu­lau Pisang adalah hak mutlak Kerajaan Negeri Johor dan Bri­tish ketika itu hanya diberi kebenaran untuk membina, me­ngendali dan menyelenggara rumah api berdasarkan perjanjian bertulis atau indenture yang ditandatangani pada 6 Oktober 1900 dengan persefahaman itu diteruskan sehingga kini.

Akhbar ini melaporkan Malaysia dikhuatiri hilang kedau­latan ke atas Pulau Pisang jika terus membiarkan negara lain membina dan menguruskan rumah api di kepulauan tersebut sekali gus bakal mengula­ngi nasib Pulau Batu Puteh.

Memetik laporan The Straits Times, Menteri Luar Singa­pura pada tahun 2003 memaklumkan kepada Parlimen negara itu bahawa Pulau Pisang adalah milik Malaysia dan me­ngulangi pendirian Singapura tidak pernah mempersoal kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang, tetapi peng­urusan rumah api di situ harus kekal bersama Singapura.

Bagi pakar Perlembagaan, Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain memberitahu, kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi melihat beberapa isu membabitkan perjanjian Kerajaan Negeri Johor dan British berhubung rumah api di Pulau Pisang.

Katanya, perkara itu terma­suklah status Singapura ketika perjanjian dimeterai sama ada ketika itu negara itu berada di bawah penguasaan Johor atau British.

“Tempoh masa dan sejarah perlu dijadikan ukuran untuk membuat semakan semula membabitkan isu rumah api di kepulauan berkenaan,” kata­nya.

Jelas Wan Ahmad Fauzi, kerajaan juga perlu melihat adakah perjanjian ditandata­ngani dengan pihak yang betul memandangkan isu-isu itu sa­ngat teknikal dan perlu dikaji secara menyeluruh sebelum melihat terperinci isu rumah api di Pulau Pisang. – UTUSAN

Perjanjian di­me­terai antara Kerajaan Negeri Johor dengan British boleh diubah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Mahathir Arah Batalkan Permohonan Semula Pulau Batu Puteh Tanpa Kebenaran Kabinet?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker