Mahathir Arah Batalkan Permohonan Semula Pulau Batu Puteh Tanpa Kebenaran Kabinet?
Oleh Nurul Aisyah
KEDAULATAN negara sewenang-wenangnya dicagar oleh Mahathir. Episod sedih ini tidak mungkin dapat kita terima. Bukti-bukti salahlaku dan salah guna kuasa yang Mahathir buat ketika proses pembatalan permohonan semula Pulau Batu Puteh dibongkar satu persatu.
Persoalan yang paling besar berkenaan proses tersebut, adakah Mahathir mendapat persetujuan kabinet beliau untuk membatalkan permohonan semula Pulau Batu Puteh? Jika benar tarikh Mahathir arahkan pembatalan proses semakan semula adalah 15 Mei 2018 maka tindakan Mahathir tersebut tanpa persetujuan kabinet memandangkan kabinet Mahathir hanya mengangkat sumpah pada 21 Mei 2018.
MAHATHIR ANGKAT SUMPAH PM-7 10 MEI 2018
PEGUAM NEGARA TS APANDI DIGANTUNG TUGAS 14 MEI 2018
MAHATHIR ARAH BATAL PULAU BATU PUTEH 15 MEI 2018
KABINET MAHATHIR ANGKAT SUMPAH 21 MEI 2018
Jemaah Menteri telah bersetuju agar pasukan petugas khas diwujudkan bagi semakan semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. Pada masa yang sama, Jemaah Menteri juga telah membuat keputusan untuk mendapatkan pandangan undang-undang awal berkenaan tindakan undang-undang di bawah “Tort of Misfeasance” ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan ekoran tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.
Menurut sumber, pada 15 Mei 2018, kerajaan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepemimpinan Mahathir telah menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.
Ada dua isu besar yang pasukan khas mesti dedahkan. Pertama, bila tarikh sebenar Mahathir arah pemangku Peguam Negara membatalkan permohonan semakan kehakiman yang telah dihantar ke ICJ The Hague pada tahun 2017.
Hanya selepas beberapa hari Mahathir mengangkat sumpah pada 10 Mei 2018, Peguam Negara TS Apandi Ali digantung tugas pada 14 Mei. Ada dakwaan mengatakan pada 15 Mei 2018 Mahathir telah mengarah batalkan permohonan semakan semula Pulau Batu Puteh.
Tindakan tersebut sangat mencurigakan. Kenapa perlu tergesa gesa. Selepas 5 hari angkat sumpah sebagai PM-7 Mahathir dikatakan telah arah agar batalkan permohonan semakan semula Pulau Batu Puteh. Perkara ini jadi misteri besar.
Rakyat mempertikaikan tindakan Mahathir tersebut. Mereka mahu agar muslihat sebenar PM-7 disiasat. Kita semua tahu bahawa Mahathir sentiasa mahu bersaing dengan Singapura. Kenapa secara tiba-tiba Mahathir mengambil sikap mengalah terhadap negara tersebut? Apakah muslihat disebalik tindakan beliau?
Desas-desus bertiup kencang mengatakan Mahathir mengalah pada Singapura supaya negara tersebut tidak berkongsi maklumat penting yang akan menganggu usaha beliau mengambil tindakan melulu terhadap beberapa pemimpin BN.
Pasukan Petugas Khas perlu siasat dakwaan itu secara terperinci. Kita perlu menyokong langkah seorang rakyat Malaysia yang menyaman Mahathir dalam isu pembatalan permohonan semula Pulau batu Puteh. Perkara ini melibatkan kedaulatan negara. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mempertahankan perkara ini habis-habisan.
You must be logged in to post a comment.