PRN Melaka Tidak Boleh Ditangguhkan, Jika Tangguh Menjadi penyelewengan Perlembagaan Dan Mengancam Demokrasi
Oleh Nurul Aisyah
MUNGKIN ramai yang tidak sedar bahawa Pilihan raya wajib diadakan apabila peruntukan perlembagaan ditepati seperti pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Situasi telah berubah sejak pilihan raya negeri (PRN) Sabah, yang dipersalahkan atas lonjakan kes Covid-19.
Kini 89.4% golongan dewasa dan 64.6% keseluruhan populasi Malaysia telah lengkap vaksinasi. Dengan vaksinasi yang dimandatkan dan prosedur operasi standard (SOP) yang tepat maka tiada lagi alasan untuk menolak seruan untuk mengadakan pilihan raya.
Pilihan raya tidak boleh ditunda disebabkan “kejadian tidak lazim” seperti Undi 18 atau pendaftaran automatik pengundi. Satu-satunya pengecualian adalah darurat dalam keadaan “benar-benar luar biasa”.
Dari segi cadangan SPR untuk pilihan raya adalah tempoh mengundi antara 2 ke 3 hari, tempoh kempen hanya 5 hari, tiada kempen rumah ke rumah, hanya satu pusat operasi untuk setiap calon dan dengan 20 petugas sahaja. Semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak di benarkan dibuka. Ceramah terbuka mungkin tiada.
Oleh itu, PRN Melaka ini dilihat dapat diadakan dalam keadaan yang selamat.
Jika darurat diumumkan PRN hanya boleh ditangguhkan selama 180 sahaja atau 6 bulan. Dan darurat yang dibenarkan penangguhan PRN adalah darurat dalam keadaan “benar-benar luar biasa”.
Dalam keadaan sekarang, keadaan “luar biasa” tersebut tidak berlaku. Oleh itu, PRN sepatutnya diadakan pada Disember ini. Namun terpulanglah kepada keputusan PM samada mahu mengumumkan darurat atau pun tidak.
DUN Melaka terbubar setelah Empat Adun kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Mereka ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Ketua Menteri Melaka telah menghantar surat mohon bubar DUN Melaka pada pukul 10 pagi dan Idris bersama tiga lagi ADUN mengadakan sidang akhbar pada jam 1 tengahari. Jadi Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam , Yang di-Pertua Negeri Melaka(TYT) telah menerima surat Ketua Menteri terlebih dahulu. Ketika Sulaiman menghantar surat tersebut beliau masih berkuasa dan ada kerajaan. Oleh itu, TYT bersetuju dengan pembubaran tersebut. Kerajaan hanya didakwa runtuh 3 jam selepas TYT terima surat. Jadi pembubaran adalah sah.
Desas desus bertiup kencang mengatakan tindakan Idris Haron didorong oleh keinginan beliau untuk menjadi Ketua Menteri Melaka sekali lagi. Namun beliau gagal melihat bahawa Pakatan Harapan tidak ada niat untuk mengangkat beliau sebagai Ketua Menteri pun.
Malah Idris Haron dikatakan telah merancang untuk menumbangkan kerajaan Melaka sejak tahun lalu lagi apabila beliau tidak dipilih sebagai ketua menteri Melaka. Sebaliknya Sulaiman yang mengetuai negeri tersebut.
Kerakusan kuasa memang mengerikan.