Hadi dah jumpa 10 Duta asing, Apa hasilnya?
Oleh Nurul Aisyah
BENARKAH dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa beliau telah berjumpa dengan 10 duta asing dari Asia Barat memandangkan dalam pandemik Covid 19, perjalanan sangat terbatas?
Jika benar beliau berjumpa 10 duta asing tersebut, apa hasilnya? Rakyat tidak nampak sebarang hasil. Mereka hanya nampak pembaziran wang rakyat semata-mata.
Kita sudah ada Menteri Kabinet yang sangat ramai dan diplomat profesional sebagai duta dan pesuruhjaya tinggi maka pelantikan duta khas bertaraf menteri dilihat sebagai satu pembaziran ketika negara berada dalam keadaan ekonomi yang sangat tidak stabil.
Menurut laporan Harakahdaily, Hadi sudah berjumpa dengan 10 duta asing dari Asia Barat bagi menjalinkan kerjasama dalam aspek politik, ekonomi dan pendidikan.
Antara duta asing yang ditemui ialah dari Azerbaijan, Mesir, Iraq, Arab Saudi, Jordan, Syria, United Arab Emirates (UAE), Oman, Qatar.
Hadi menjelaskan perhubungan diplomatik dengan duta berkenaan sudah dibuat dan susulan sudah dilakukan menteri berkaitan. Sebagaimana yang rakyat tahu, para menteri dalam kerajaan Muhyiddin hampir tidak berfungsi. Tidak ada apa-apa yg mereka lakukan dalam keadaan sidang parlimen digantung dan darurat berkuatkuasa.
Ekonomi negara kita antara yang paling teruk di ASEAN. Malaysia tidak mampu melaksanakan pengurangan cukai korporat yang berada di paras 24% ketika ini melainkan asas cukai dapat diperluas dan negara berupaya mengekalkan trajektori pertumbuhan lebih kukuh berbanding angka purata, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Cukai korporat Malaysia adalah antara yang tertinggi di ASEAN dan Singapura(17%) terendah manakala Vietnam, Thailand serta Kemboja masing-masing pada 20% dan Indonesia pada 22%. Ini salah satu penanda ekonomi negara berapa pada tahap paling teruk berbanding negara ASEAN yang lain.
Malaysia mampu menurunkan cukai korporat sekiranya Barisan Nasional masih memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke 14. Apabila Pakatan Harapan mengambil alih negara pada tahun 2018, mereka telah menjarah wang Petronas yang dikumpul dan ditinggalkan dan menjual aset Khazanah yang dibina dan ditinggalkan oleh kerajaan BN sambil menuduh BN menjahanamkan negara dengan hutang 1MDB (sedangkan 1MDB mempunyai banyak aset).
Datuk Seri Najib telah selamatkan atau memperkayakan negara dengan menjana dan meninggalkan kekayaan ratusan bilion dalam Petronas dan Khazanah namun kerajaan PH sebaliknya mendakwa Najib telah memufliskan negara dengan hutang RM 32 bilion 1MDB yang hanya perlu dijelaskan sepenuhnya pada tahun 2039 – iaitu dalam jangkamasa projek-projek 1MDB seperti Bandar Malaysia dan TRX menjana keuntungan berpuluh bilion Ringgit.
Kini negara dibebani hutang yang sangat tinggi. Kerajaan Muhyiddin membuat pinjaman yang banyak dalam masa tidak sampai dua minggu. Negara tidak ada duit ketika ini. Oleh itu, perbelanjaan tambahan seperti duta khas bertaraf menteri sangat tidak sesuai.
You must be logged in to post a comment.