Ismail Sabri umum kabinet selepas 7 september

Oleh Nurul Aisyah

SEMUA pihak tertunggu-tunggu senarai kabinet kerajaan baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik Sabtu lalu. Bermacam-macam andaian dan spekulasi berkenaan tarikh, saiz dan senarai kabinet beliau.

Menurut sumber, Ismail Sabri akan mengumumkan kabinet beliau hanya selepas 7 september 2021. Perasmian pembukaan Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah dijangka pada 6 september.



Keabsahan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu dalam Dewan Rakyat pula kemungkinan dibuat pada 7 september. Oleh itu, senarai kabinet Ismail Sabri hanya akan diumumkan selepas 7 September.

Rasionalnya, Ismail Sabri hanya akan mengumumkan senarai kabinet baru selepas keabsahan beliau di Dewan Rakyat bagi mengelakkan Ahli Parlimen merajuk dan tidak lagi menyokong beliau sebagai Perdana Menteri sehingga menjejaskan pembentukan kerajaan secara sempurna.

Dalam perkara ini, beliau tidak perlu tunduk kepada gesaan beberapa pihak yang mahukan senarai kabinet diumumkan segera kerana sudah menjadi lumrah senarai tersebut hanya akan diumumkan sebulan ke dua bulan selepas seorang Perdana Menteri mengangkat sumpah.

Antara yang menjadi perbincangan hangat sejak pelantikan Ismail Sabri adalah, individu yang bakal menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri. Dan calon yang sedang hangat diperkatakan iaitu Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.



Desas desus mengatakan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada Sabtu yang dipengerusikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yaasin bahawa Bersatu mencadangkan dan menyokong calon tunggal dari parti itu iaitu Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Malah semalam tular dimedia sosial, Bersatu mengeluarkan kenyataan mengenai pencalonan Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri. Namun perkara tersebut telah dinafikan pihak Bersatu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker