Enam Tuntutan UMNO Bersatu Tidak Tunaikan, Pandai Pula Kemuka Syarat

My-news.online

Perikatan Nasional tidak tunai enam tuntutan UMNO ketika mula tubuh kerajaan.

Hal ini jangan kita lupa.

Pada 12 hb Mac 2020 , Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah mengemukakan enam tuntutan kepada Kerajaan baru Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Mahaddin Yassin.

Tuntutan dibuat Ketika UMNO setuju berpakat untuk membantu parti Bersatu bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Presiden UMNO , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keenam-enam tuntutan itu adalah berdasarkan kehendak rakyat.

Antara yang dituntut oleh MKT UMNO ialah ingin mengetahui tentang penjualan asset milik negara secara pukal dan lelong dan juga aset-aset strategik negara dan agensi-agensi berkepentingan rakyat termasuklah Tabung Haji, Khazanah Nasional, LTAT dan semua syarikat2 berkaitan kerajaan (GLC).

Umno juga mendesak kes-kes penyelewengan yang dihentikan perbicaraan oleh kerajaan Pakatan Harapan, yang digugurkan oleh Tommy Thomas , dibuka semula , termasuklah kes skandal rasuah terowong dasar laut dan tiga lebuh raya melibatkan pemimpin DAP bernilai RM6.3 bilion.

Antara tuntutan lain adalah , segerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kes pembunuhan melibatkan anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ini adalah antara tuntutan yang dikemukakan kepada Perikatan Nasional.

Ketika mengumumkan perletakan jawatannya, Tan Sri Mahiaddin ada menyebut konon nya beliau tidak mahu berkompromi dengan puak “Kleptokrat” sebagai alasan, namun ia hanya sekadar ucapan “face saving” sahaja kerana telah pun menjadi Perdana Menteri selama tujuh belas (17) bulan atas ihsan SD puak yang digelar nya “kleptokrat”.

Sebalik nya , beliau berkompromi dengan perogol amah, pelaku Semburit dan seorang yang lompat dari PKR kerana terbabit kes rasuah.

Kepimpinan Tan Sri Mahiaddin juga gagal percepatkan kes bekas Gabenor Bank Negara.

Siasatan DiRaja berkenaan Tabung Haji juga baru-baru ini diumumkan untuk dibuka , namun ia hendak dibuat dalam versi Perikatan Nasional, versi mereka bukan apa yang rakyat ingin tahu.

Maka , sangat sesuai dan bertepatanlah jika kluster teraniaya umno menarik sokongan terhadap kepimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin kerana tabiat tidak tunai manifesto ketika bersama kerajaan Tun Mahathir dalam Pakatan Harapan kini diamalkannya dalam Perikatan Nasional tanpa sikit pun rasa bersalah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker