Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 0%, Singapura Pula Naik Kepada 7%
Oleh Nurul Aisyah
SEMUA negara diserang pandemik Covid19 namun hanya Malaysia yang mengalami unjuran pertumbuhan ekonomi yang sangat teruk berbanding negara Asia yang lain.
Pada bulan Februari lalu, syarikat penarafan kredit antarabangsa Fitch telah memotong unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2021 dari 10% ke 4.9% dengan mengambil kira keadaan Covid bertambah teruk.
Semalam, mereka memotong sekali lagi unjuran pertumbuhan ekonomi terus ke 0% (sifar) memandangkan usaha kerajaan Muhyiddin membuat “lockdown” paling panjang dalam dunia tidak berjaya mengawal Covid serta peratusan vaksinasi kita yang masih rendah berbanding negara-negara lain.
Sebaliknya, negara jiran Singapura naikkan unjuran pertumbuhan ekonomi 2021 mereka dari 4% ke 7% minggu lepas pula. The Straits Times
Pertumbuhan ekonomi 0% ini merupakan realiti yang dihadapi rakyat Malaysia.
Rakyat mengalami “mimpi ngeri” sepanjang pentadbiran kerajaan Muhyiddin. Angka kes bertambah, jumlah kematian antara yang tertinggi, kadar pengangguran sangat juga tinggi. Malah kadar kemiskinan meningkat dalam keadaan mereka terpaksa melalui “Lockdown” yang paling lama dalam dunia dengan hasil yang sangat mengecewakan.
Kini sinar dihujung terowong mula kelihatan apabila Muhyiddin dan menteri kabinet beliau meletakkan jawatan. Moga ekonomi negara pulih seiring dengan lenyapnya Covid dari bumi Malaysia.
You must be logged in to post a comment.