Makin Buat “Lockdown” Kes Makin Tinggi

NEGARA lain buat “lockdown” kes Covid 19 makin menurun berlainan pula dengan Malaysia. Makin kita buat “lockdown”, makin kes covid 19 naik sehingga menjadi antara negara paling parah dalam dunia.

Memetik Facebook Najib Razak, Hari ini genap 3 bulan (92 hari) sejak kerajaan Muhyiddin umum PKP 3.0 separuh masak seluruh negara.

Sebelum ini, tempoh PKP 2.0 separuh masak pada awal tahun berlangsung selama 51 hari. PKP 1.0 yang penuh masak tahun lepas cuma 45 hari.



Malaysia antara negara yang paling lama buat lockdown tahun ini tetapi Malaysia juga satu-satunya negara yang makin lama lockdown, makin tinggi kes Covid.143 hari daripada 222 hari sejak permulaan tahun ini, kita “lockdown” bawah PKP 2.0 atau PKP 3.0. Bakinya, PKPB.

Perkara ini sangat meresahkan rakyat Malaysia. Para netizen sudah sampai ke peringkat merayu agar Muhyiddin berundur dari jawatan Perdana Menteri. Malah mereka merayu agar Datuk Seri Najib menerajui semula Malaysia.

Whitehouse flowers

Ye kes makin liat nak turun turun..
Pelan lockdown yg tidak berjaya dari dulu sampai sekarang tidak memberi apa2 hasil..
Dato seri Najib Razak , sudah tiba masanya Muhyiddin berundurlah dengan segera, dari 32juta nyawa rakyat makin hari makin sudah meninggalkan kita, kami merayu berkali kali, terajuilah balik negara, sebagai ketua kerajaan kami, DSNR..
Lantaklah apa dorang nak cakap, kami tak syok sendiri, kami bkn pentaksub tapi inilah kenyataan, Keaadaan nyawa rakyat dan negara kita dah semakin memburuk



Paul Gray

Kononnya tak ada lagi PKP..tapi ada Pkp 2 dan 3…
Pelan pemulihan negara yang kononnya indikator itu ini diubah setelah mereka tengok pelan tu tak menjadi.
Sampai bila nak trial and error.
Kalau yang duk pertahankan tu ada keluarga adik beradik yang kerja sektor yang ditutup,ada ke pi tanya mereka..hidup ok ke…bil boleh bayar ke..hutang macam mana… bantuan setakat makan tu ok lagi…. bukan masalah orang malas bekerja tapi tak dapat bekerja.. bantuan pun tunggu bila nak bagi..

 

Mat Jat



Waktu 6k pkp,, now 20k kelonggaran,, kebabian apakah ini? Ini bukan pelan pemulihan tapi pelan penambahan erm

Kini rakyat meluahkan masalah mereka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dilaman “facebook” beliau. Mereka tahu bahawa hanya DSN sahaja yang benar-benar ikhlas prihatin terhadap untung nasib rakyat Malaysia. Malah mereka mahu DSN jadi PM semula.

 

  • Nurul Aisyah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker