Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis
Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis. Dalam sidang media khas Perdana Menteri sebentar tadi Muhyiddin dengan jelas menyatakan bahawa bahawa beliau telah ditekan untuk mencampuri urusan Mahkamah oleh beberapa individu-individu yang merupakan ahli politik kanan sedang dibicarakan di mahkamah.
Dakwaan Muhyiddin ini amat serius dan wajar dibuat laporan polis jika tidak ianya hanya sekadar cubaan untuk membina naratif penarikan sokongan beberapa ahli parlimen UMNO daripada Kerajaan Perikatan Nasional.
Presiden Bersatu itu berkata, di sebalik ketegasannya tidak melayani permintaan “kluster mahkamah” itu, beliau sebaliknya dituduh menderhaka kepada Majlis Raja-Raja.
Katanya, segala tindakan dilakukan ketika ini semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.
“Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka.
“Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah,” katanya.
Beliau turut mengulangi pendirian untuk tidak mengorbankan prinsip dan membelakangi sumpah jawatan menunaikan segala kewajipan yang diamanahkan dengan jujur.
“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan,” katanya.
Antara ahli politik yang kini berdepan perbicaraan di mahkamah ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden parti itu, Najib Razak yang lantang mengkritik pentadbiran Muhyiddin dalam memerangi wabak Covid-19.
Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis
Baca Artikel Menarik :
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
- Muhyiddin kekal PM, bergabung dengan Pejuang, Warisan?
Layari Laman Facebook MYKMU