Penjaja Di Lampu Isyarat Bakal Dikenakan Denda Sehingga RM2,000

Sejak beberapa tahun terakhir ini, sering kali kita semua pengguna jalan raya melihat penjaja memilih untuk menjual makanan atau minuman di persimpangan lampu isyarat. Masa menunggu lampu isyarat bertukar daripada merah ke hijau antara yang digunakan penjaja menjalankan jual beli antara pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, situasi ini mungkin tidak lagi berulang selepas ini berikutan kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan terus mengenakan tindakan terhadap penjaja di bahu jalan di persimpangan lampu isyarat di negeri tersebut.

Menurut pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, tindakan yang bakal diambil bukan bertujuan untuk menyekat sumber rezeki mana-mana pihak sebaliknya ia menyalahi peraturan serta mengundang bahaya kepada mereka dan pengguna jalan raya lain sendiri.



“Berniaga di tempat berbahaya terutama di rezab jalan boleh mengundang kecelakaan dan nahas. Selama ini hanya tindakan advokasi diambil, namun kita akan laksanakan penguatkuasaan dalam waktu yang terdekat ini.” katanya ketika ditemui pada Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan Bil. 1/2022 di Plaza Tol Ipoh (U), PLUS arah selatan.

Dimaklumkan tiada lagi kompromi antara JPJ dan penjaja di mana tindakan perundangan terus kepada penjaja yang berniaga di persimpangan lampu isyarat akan diambil. Denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan sekiranya disabitkan kesalahan antara yang bakal dikenakan.

Difahamkan, ini bukanlah pertama kali amaran ini disebutkan. Malah, sekitar 215 penjaja di lampu isyarat telah disaman pihak penguasa sepanjang Januari lalu dalam memberi pengajaran kepada pihak yang terlibat. Vc

Penjaja Di Lampu Isyarat Bakal Dikenakan Denda Sehingga RM2,000




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)



https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker