Polis siasat kutipan derma ikat jamin rider foodpanda

Polis siasat kutipan derma ikat jamin rider foodpanda
Polis siasat kutipan derma ikat jamin rider foodpanda

Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook “Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam” yang disyaki melancarkan kutipan derma kononnya untuk membayar jaminan lima penghantar makanan yang ditahan, selepas dipercayai bergaduh dengan pelanggan di Sungai Way, Petaling Jaya, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, antara lain, penganjur kutipan derma menggunakan nama “Tabung Kilat Ikat Jamin Rider Foodpanda” itu mendakwa lima penghantar makanan yang ditahan tersebut perlu membayar wang ikat jamin kira-kira RM3,000 hingga RM4,000 seorang.

Katanya, sumbangan itu didakwa akan disalurkan ke sebuah akaun bank tempatan yang dipercayai milik pertubuhan terbabit.

“Polis tidak pernah mengenakan atau meminta apa-apa bayaran bagi ikat jamin terhadap orang kena tangkap (OKT) dan mengesyaki terdapat individu atau persatuan yang mengambil kesempatan dengan cuba membuat kutipan derma bagi kepentingan peribadi.

“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta pemilik akaun tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, lima penghantar makanan berumur 19 hingga 40 tahun ditahan kerana memukul seorang pelanggan berusia 29 tahun yang didakwa menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama.

Fakhruddin berkata, lima penghantar makanan dan pelanggan itu direman dua hari hingga hari ini dan pihaknya akan meneliti hasil siasatan untuk tindakan selanjutnya. FMT

Polis siasat kutipan derma ikat jamin rider foodpanda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Tabung sumbangan ‘rider’ Food Panda ditutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker