Lihat Bagaimana Saintis Berjaya Hidupkan Semula Nebiri, Mumia Mesir Kuno Berusia 3,500 Tahun


Nebiri, seorang pegawai tertinggi di Mesir kuno yang hidup pada zaman pemerintahan dinasti Thutmoses III (1425-1479 SM) telah berjaya ‘dihidupkan semula’ oleh para saintis dengan membina semula wajah dan otaknya yang berusia 3,500 tahun.

Nebiri yang dimakamkan di Lembah Queens telah ditemui oleh sekumpulan pakar Mesir kuno Ernesto Schiaparelli pada tahun 1904, mumia itu ketika ditemui hanya meninggalkan bahagian kepala dan balang organ dalaman yang diawet dengan baik


LIVE SCIENCE – NEBIRI DALAM KEADAAN DIAWETKAN.

Kini, mumia zaman Mesir kuno yang berusia 45-60 tahun ketika dia meninggal dunia dihidupkan semula melalui forensik moden dengan menggunakan teknik tomografi dan pembinaan semula wajah. Hasil dari pembinaan semula wajah Nebiri, kelihatannya dia mempunyai hidung yang mancung, rahang yang lebar dan bibir yang sedikit tebal.

Philippe Charlier, ahli patologi forensik dan antropologi fizikal di University of Paris mengatakan bahawa pembinaan semula ini bukan sekadar bentuk sebuah seni. “Ini adalah pekerjaan forensik yang serius berdasarkan teknik pembinaan semula tisu muka dan tisu lembut yang melengkapkan tengkorak. Di luar kecantikan, ada kenyataan anatomi,” katanya.

Selain daripada berjaya membentuk semula wajah Nebiri, para penyelidik juga menganggap teknik pemumiaan kepala Nebiri adalah yang paling sempurna. Teknik penjagaan kepala yang digunakan untuk pemumiaan Nebiri mengesahkan bahawa Nebiri pernah mempunyai status sebagai pegawai tertinggi di zaman Mesir kuno.


LIVE SCIENCE – WAJAH NEBIRI YANG BERJAYA DIBINA SEMULA OLEH PARA SAINTIS.

“Pembungkusan yang berhati-hati menimbulkan penghalang untuk melindungi tubuh daripada penjajahan serangga. Pada waktu yang sama, ia memiliki tujuan kosmetik, yaitu menjaga penampilan asli wajah dan leher,” jelas Bianucci.

Dalam laporan yang diterbitkan dalam jurnal Sains Forensik, Perubatan dan Patologi, para penyelidik mengatakan bahawa kajian ini menunjukkan betapa pentingnya menggunakan teknik forensik moden. Tujuannya adalah untuk meningkatkan pengetahuan bagi mempelajari peninggalan manusia zaman dahulu. Vc

Mumia Berlidah Keemasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker