Pecah rekod lagi, 7,857 kes baharu Covid-19


Kementerian Kesihatan melaporkan satu lagi rekod tertinggi sebanyak 7,857 kes Covid-19 hari ini.

Rekod tertinggi sebelumnya adalah semalam dengan 7,478 kes.

Menerusi tweet, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa jumlah jangkitan kini adalah 541,224.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,675.

Ini diikuti oleh Sarawak (772), Kelantan (754), Kuala Lumpur (561), Johor (549), Kedah (441), Pulau Pinang (365), Negeri Sembilan (353), Terengganu (282), Pahang (238) , Melaka (234), Perak (228), Sabah (217), Labuan (170), Putrajaya (12) dan Perlis (6).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker