Wanita hamil koma dipukul suami
JOHOR BAHRU , 13 Mei – Seorang wanita hamil koma dipukul suaminya dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini. Wanita malang itu mengalami keretakan tulang belakang, rahang, bahagian muka dan muka lebam selain cedera di bahagian anggota badan lain.
Kejadian yang menimpa wanita itu dimuat naik adik mangsa, Fazariah Nordin dalam laman sosial Facebook. Dia mendakwa kakaknya bernama Jahidah dikejarkan ke ICU selepas teruk dipukul oleh suaminya.
Menurut hantaran wanita berkenaan, otak kakaknya berdarah dan terpaksa menjalani pembedahan selama 12 jam dan kini sedang koma.
Hantaran tersebut menjadi tular dalam media sosial, sekali gus mendapat kecaman hebat netizen.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Bagaimanapun, perkara tersebut masih dalam siasatan dan tiada sebarang tangkapan dibuat hingga kini. Wc
Wanita hamil 2 bulan dipukul suami gara-gara permainan video
You must be logged in to post a comment.