Ah long hantar ribuan lipas sebab liat bayar hutang
Taiwan – Sekumpulan penjenayah yang berang kerana pemilik restoran yang meminjam wang daripada mereka tidak melangsaikan hutangnya bertindak menghantar beribu-ribu ekor lipas ke premis tersebut, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.
Anggota-anggota kumpulan penjenayah dikenali sebagai Bamboo Union itu meminjamkan wang kepada pemilik restoran G House. Sindiket itu dilaporkan mengugut mangsa supaya melangsaikan hutangnya.
Namun, selepas ugutan tidak dilayan, mereka kemudian menghantar dua lelaki bertopeng untuk melepaskan beribu-ribu ekor lipas di restoran tersebut ketika pelanggan menjamu selera.
Antara pelanggan yang menjamu selera termasuk beberapa pegawai Jabatan Polis Taipei yang menghadiri satu jamuan di situ. Mereka kemudian menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mengesan si pelaku.
Hasil siasatan mendapati insiden itu merupakan pertelagahan antara pemilik restoran yang dengan kumpulan penjenayah terbabit. – Agensi
Rumah dibakar, kereta dipecahkan, 3 Youtuber diugut Ah long [Video]
You must be logged in to post a comment.