7 cedera, lori rempuh 9 kenderaan


Behrang: Tujuh orang cedera dalam kemalangan yang membabitkan 10 kenderaan di Kilometer (KM) 116 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berdekatan persimpangan lampu isyarat Plaza Tol Behrang di sini, semalam.

Kejadian berkenaan membabitkan sebuah lori, sebuah pacuan empat roda, tiga kereta dan lima motosikal.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.40 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah lori hilang kawalan lalu sebelum melanggar sembilan kenderaan lain di persimpangan terbabit.

Katanya, lori dipandu lelaki berusia 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Slim River menuju ke arah Tanjung Malim.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. HM

(Video) : Ambulan bawa pesakit COVID-19 kemalangan di Alor Setar

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker