Peningkatan Kes Covid-19 dan Kluster Pendidikan, Ini Komen Najib Razak

Saya amat tidak selesa dengan jumlah kluster baru yang dikesan setiap hari – terutamanya kluster -kluster dari sektor pendidikan.
Sebelum ini, kerajaan kata lebih 23,000 murid di bawah umur 12 tahun sudah dijangkit pada tahun 2021 setakat ini dan ini membuktikan betapa mudahnya kes ditularkan di sekolah akibat pergaulan.
Masalah utama ialah murid-murid dan remaja kurang terkesan akibat Covid dan walaupun positif, kebanyakan mereka tidak ada gejala tapi masih akan menjangkit orang lain.
Ertinya, murid-murid sendiri tak sedar mereka positif tetapi mereka akan menjangkit kawan-kawan, guru-guru dan orang dewasa di rumah.
Orang dewasa serta guru-guru pula akan lebih terkesan dan kemungkinan jatuh sakit.
Biasanya di negara-negara lain, sekolah adalah antara paling lewat dibuka semula bila lockdown dibuat.
Tapi di Malaysia pula, sekolah antara paling awal dibuka semula selepas PKP2.0 dilaksanakan.
Sebab itu, saya mohon kerajaan menilai semula risiko Covid bagi sektor pendidikan.
Jika tidak dibuat, mungkin ianya mampu membawa malapetaka yang amat besar.
Adakah tiada siapa dalam kerajaan yang sedar dengan kemungkinan ini?
Sila abaikan kenyataan dua orang menteri PN tak guna itu yang kata sekolah akan diteruskan serta suruh ibu bapa jangan risau sebab KPM ada cara tangani Kluster Pendidikan.
Jika murid-murid sendiri tak bergejala dan tak sedar mereka positif, bagaimana kamu nak tangani?
Pada masa yang sama, kerajaan perlu menambah dan mempercepatkan pemberian 150,000 unit peranti kepada golongan B40 sebagai persedian awal sekiranya sekolah ditutup semula dan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) terpaksa dilaksanakan.
Jangan tunggu sehingga akhir bulan September untuk diagihkan seperti diumum kerajaan.
Sebab apa nak tunggu hingga penggal sekolah tahun 2021 nak hampir tamat sebelum agih?
Jumlah 150,000 juga tidak cukup memandangkan ramai yang sudah jatuh miskin sejak pandemik Covid bermula.
17 April: 8 kluster baru (3 pendidikan)
18 April: 5 kluster baru (1 pendidikan)
19 April: 14 kluster baru (6 pendidikan)
20 April: 7 kluster baru (2 pendidikan)
21 April: 11 kluster baru (4 pendidikan)
22 April: 14 kluster baru (3 pendidikan)
23 April: 8 kluster baru (5 pendidikan)
24 April: 10 kluster baru (1 pendidikan)
25 April: 8 kluster baru (3 pendidikan)
26 April: 12 kluster baru (3 pendidikan)
27 April: 11 kluster baru (4 pendidikan)
28 April: 12 kluster baru (4 pendidikan)
29 April (hari ini): 12 kluster baru (3 pendidikan)

Dilarang rentas negeri bawa ayah ke hospital, wanita ratap kematian arwah, hampa polis ‘biadab’

 



Related Articles

One Comment

  1. menteri ameno yg jaga pendidikan & kesihatan ni cuma lembu kena cucuk hidung ‘abah’

    bukan ‘kluster mahkamah’ tapi disebabkan ‘kluster lembu ameno’ dalam PN yg akan membuat rakyat menolak UMNO & BN pada PRU15 nanti

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker