Resepi Ikan Bakar Dan Air Asam
Resepi Ikan Bakar Dan Air Asam
Masa Penyediaan: 30 minit,
Masa Memasak:40 minit,
Jumlah Hidangan:4 ekor ikan
Kali ni kita nak share resepi Ikan bakar air asam yang sedap sangat dan mudah untuk disediakan. Kita akan tunjuk cara sediakan pes sambal berempah untuk ikan bakar, dan kemudian resepiair asam yang pedas, pekat, masam yang kena sangat lah kalau kita makan dengan ikan bakar tu.
Pes sambal berempah pulak boleh disediakan awal-awal, disimpan dalam peti sejuk ataupun freezer. Bila nak makan..keluarkan dan masak saja dengan ikan pilihan anda. Untuk sesiapa yang sibuk, boleh sediakan pes awal-awal lagi dan simpan.
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk ikan bakar:
4 ekor ikan mabong (saiz besar) atau apa jenis ikan pilihan anda
daun pisang
sedikit minyak (untuk grill)
Bahan-bahan untuk pes ikan bakar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ketul kunyit hidup
½ inci halia
1 batang serai
½ inci lengkuas
2-3 sudu besar cili kisar
½ sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar air asam jawa
½ – 1 sudu kecil garam
sedikit air
1 senduk minyak masak
½ – 1 sudu kecil gula
Bahan-bahan untuk air asam:
1 mangkuk air asam jawa
10-15 biji cili padi
1 biji cili merah
1 inci belacan
½ biji bawang besar
1-2 biji tomato
gula dan garam secukup rasa
sedikit perahan jus limau nipis
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk pes ikan bakar:
Kisar halus bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, dan batang serai sekaligus serta cili kisar, sudu besar kari ikan dan sedikit air asam jawa. Tambah sedikit garam dan air.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dalam masa anggaran 15 minit sehingga bahan masak dan pecah minyak
Tambahkan gula dan sedikit air jika bahan terlalu pekat.
Sambung masak dalam anggaran 5 minit.
Cara-cara untuk ikan bakar:
Salut dan lumur ikan yang telah dikelar dengan pes ikan bakar berempah bagi kedua-dua bahagian ikan serta didalam ikan.
Balut setiap ekor ikan dengan daun pisang atau daun kunyit.
Panaskan sedikt minyak dan panggang ikan dengan api yang sederhana.
Panggang ikan sehingga ia masak.
Cara-cara untuk air asam jawa:
Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
Potong kecil bawang besar.
Hiris kasar cili padi, cili merah (pilihan) dan tomato.
Kisar halus air asam jawa, belacan yang dibakar, cili padi, gula dan garam secukup rasa.
Selepas dikisar, masukkan bahan kedalam mangkuk bersama bahan potong dan hiris kasar lalu gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
Perah limau nipis kedalam air asam jawa dan tambah gula mahupun garam untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.
Kemudian, air asam jawa siap untuk dihidang bersama ikan bakar.
Tips:
Jika menggunakan asam jawa asli, rendamkan dengan air panas dahulu dan ramas sehingga menjadi pes yang pekat.
Jika tiada daun pisang, boleh digantikan dengan daun kunyit.
Resepi Che Nom
https://mykmu.net/tag/ikan-dory/
You must be logged in to post a comment.