Melayu-Islam usah terpedaya manipulasi pemimpin korup
Sifat lembut, murah hati Melayu ditindas bangsa liberal sendiri
1.FRANKÂ Swettenham dalam tulisannya di buku Malay Sketches menyatakan bahawa betapa mudahnya untuk memujuk orang Melayu memberikan kerjasama disebabkan sifat kelembutan bangsa itu sendiri.
Dalam erti kata lain, orang Melayu adalah bangsa yang memiliki budaya sopan-santun yang tinggi.
Fakta ini dilengkapkan lagi dengan sifat mudah memaafkan, berterus-terang dan tidak berdendam yang sudah sebati dengan bangsa Melayu-Islam.
Sifat itu bukan kerana budaya ketimuran yang diwarisi sejak turun-temurun, tetapi dicorakkan oleh ajaran agama Islam yang dianuti yang dibawa masuk oleh golongan Ahlulbait (daripada keturunan Rasulullah SAW).
2. Bagi membincangkan rekonstruksi semula pemikiran Melayu, Allahyarham Prof Dr. SH Al-Attas telah banyak kali mengkritik sifat kelembutan tidak bertempat dan mitos kemalasan Melayu itu sebagai satu perkara negatif, yang menghancurkan budaya dan masa depan mereka sendiri.
Kritikan ini ternyata benar untuk kali ini apabila terdapat generasi moden yang dangkal menjauhi tradisi ilmu agama dan menerima masuk budaya Barat yang sesat lagi merosakkan.
Hari ini, umat Melayu dihidangkan dengan budaya sesat KPop dari Korea Selatan yang bukan sahaja tertewas dan tenggelam dengan Kristianisasi, malah kini mereka pula menjadi penyebar utama ajaran sesat di rantau Asia.
3. Di negara ini, terdapat politikus yang menjadi punca keruntuhan tamadun dan budaya orang Melayu yang terkenal dengan sifat sopan-santun, apabila mencadangkan supaya orang Melayu bangkit menunjukkan sikap kurang ajar sedikit dengan maksud berani melawan tradisi mengarut.
Maka, segerombolan Melayu taat yang lain menghentam beliau seadanya pada ketika itu. Pantang sokong Hang Jebat, mesti ikut resam Hang Tuah! (SH Alatas- The Myth of a Lazy native)
4. Pemikiran Melayu sudah lama dikaji oleh sarjana asing (Raffles, Marsden, Winstedt, Swift, Emerson dan lain-lain), apataha lagi sederet sarjana tempatan seperti Prof. Dr. Syed Muhd Naquib al-Attas, Zaaba, Prof. Dr. Ungku Aziz dan ramai lagi yang sebaris dengan mereka yang melihat daripada pelbagai sudut dan perspektif.
Menariknya, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memperlihatkan kecundangnya kuasa politik bani Melayu setelah 60 tahun kemerdekaan dan kekuasaan mereka kesinambungan daripada sebelum berates tahun memerintah mengikut negeri-negeri di bawah naungan Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah.
5. Dengan kebijaksanaan Inggeris mentadbir Tanah Melayu, Inggeris jualah yang mengekalkan kuasa Raja-Raja Melayu, Agama Islam dan kepentingan Melayu dan pribumi dalam Perlembagaan
Jika kuasa itu tidak dikekalkan, bangsa Melayu selaku pribumi asal yang pemurah hari itu akan dihancurkan oleh pendatang luar yang sudah diterima masuk, berasaskan jus soli dan neutralisasi.
Salahkah Melayu mempunyai sifat kelembutan dan murah hati? Pastinya tidak, namun atas sifat itulah Melayu ditindas dan diambil peluang oleh Melayu liberal yang bersekongkol dengan kaum bukan Melayu dalam kerangka unit politik Pakatan Harapan.
Sekarang, saki bakinya masih ada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) hingga mengakibatkan bahtera PN sentiasa berkocak sukar untuk dikemudikan oleh si nakhoda dengan baik.
sekarang ini saki bakinya masih ada dalam kerajaan PN hingga mengakibatkan bahtera PN sentiasa berkocak sukar untuk kemudikan oleh siNakhoda dengan baik.
6. Itulah keadaan Melayu sekarang, hendak ke mana kini dan bagaiman mahu ke sana?
Mustahil Melayu bodoh kerana kerajaan Melayu Melaka silam diintai dan dikagumi oleh kerajaan besar dunia ketika itu seperti China, India dan Turki Uthmaniyyah.
Bukankah kapal binaan Melayu jauh lebih hebat daripada jong China? Tragisnya Melayu lupa jati diri, membiarkan dirinya dilacurkan oleh Melayu liberal dan bukan Melayu.
Pemupukan fahaman sekularisme, liberalisme dan kini pluralisme yang semakin menjadi-jadi, dan inilah barah yang memakan saki baki daging Melayu yang tinggal. Hanya dengan penampilan Islam moden dan petah bercakap, luluh lentur sendi-sendi kaki ramai pejuang-pejuang sehingga akhirnya tunduk taat kepada Bapa Pluralisme ini.
7. Bangkitlah wahai Bani Melayu. Ingatlah bahawa Melayu akan tenggelam pupus jika Melayu tinggalkan amalan Islam yang dianutinya.
Semoga tarbiah Ramadan yang sedang kita lalui mengimbau kembali diri kita semula untuk sedar dan baiki kesilapan lampau kita untuk tidak ditipu helahkan lagi oleh bukan Melayu yang berniat songsang, tidak kenang budi dengan kerjasama dengan pengkhianat bangsa si Melayu liberal! Semua Melayu kena duduk di bawah kesatuan Malayuwiah-Islamiah.
Haji Rashidi bin Haris
Ketua Aktivis MUAFAKAT
Ketua Media PEMBELA