[VIDEO] “Macam Kereta Habis Brek”-Bonda Rozita Komen Suara Nyanyian Aliff Syukri Memang Tak Sedap πŸ˜‚πŸ˜‚

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik video pendek merakamkan dirinya sedang menjalani latihan vokal sebagai persediaan untuk menyanyikan lagu rayanya sendiri.

“Alhamdullah class vokal is done. Nantikan lagu lala raya by @aliffsyukriterlajaklaris hari Jumaat ni jam 1 tengahari di tvterlajaklaris.. dan akan berkumandang di seluruh radio di seluruh Malaysia Brunei Singapura Amerika dan landon..

“Syukur Alhamdulillah kehadrat ilahi akhirnya ramai orang menghargai bakat saya terima kasih banyak-banyak saya amat gembira. Lagu by @amyuks penyanyi tersohor @aliffsyukriterlajaklaris,” tulis Aliff sebagai kapsyen video tersebut.

Namun apa yang menarik perhatian, ibu kepada Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim tampil memberikan komen terhadap suara nyanyian anaknya itu.

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress iF3KvJRB]

Dalam pada itu, netizen yang terhibur dengan komen Rozita juga bersetuju dengan pendapatnya.

“Janganlah netizen, suara Kri memang tak sedap. Saya dipihak netizen sekarang, suara dia tu saya umpamakan macam kereta habis brek. Menanti kecaman dari mak orang pertama.

“Ko nak sakat rakyat Malaysia macam ko sakat mak. Menangis artis lain. Sampai mereka nak berhenti jadi penyanyi gara-gara kau lah. Tiba-tiba auto tune merdu suara kau kan!” tulis ibu Aliff diruangan komen.

Sebelum ini, Aliff mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi teaser lagu raya nyanyiannya yang akan dikeluarkan jika ia mendapat permintaan yang tinggi. Untuk makluman, Aliff pernah mengeluarkan lagu raya berjudul ‘Jom Raya’ hasil duet bersama Zizi Kirana dan Bella Astillah pada tahun 2019.

🀣🀣🀣

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker