‘Untung Hanya Sedikit Jual Ayam 30 sen Sahaja’

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 yang bermula semalam dipatuhi peniaga.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Jalan Raja Bot di sini, mendapati peniaga mematuhi skim harga ditetapkan itu.

Peniaga ayam, Fadzil Ibrahim, 58, berkata, walaupun penetapan harga itu memberi kesan dari segi keuntungan, dia bersama peniaga lain masih boleh meneruskan perniagaan.



Katanya, ayam dijual pada harga antara RM7.90 hingga RM8.50 sekilogram seperti ditetapkan kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, dia berharap pembekal tidak menaikkan harga yang boleh menjejaskan peniaga di pasar sepertinya.

“Untung berniaga ayam dengan harga ini sekitar RM0.30 sen saja. Harapnya pembekal tidak menaikkan harga sehingga kami pula rugi.

“Setakat ini, untung hanya sedikit dan kalau harga ditetapkan ini naik lagi, saya rasa itu lebih baik,” katanya yang berniaga di pasar berkenaan sejak 21 tahun lalu.



Bagi pengguna, Abdul Rahman Abu Bakar, 58, dia memilih untuk membeli barangan di kedai sama bagi mengelakkan kerugian.

“Isu kenaikan harga barang ini setiap tahun berlaku, terutama ketika Ramadan dan Aidilfitri.

“Jadi selain pengenalan skim harga, mungkin kerajaan perlu memastikan penguatkuasaan berterusan bagi mengelakkan ada yang mengambil kesempatan,” katanya.-HM



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker