Kanak-kanak tiga tahun berkelakuan aneh positif dadah selepas dijaga bapa tiri


NILAI: Kebimbangan seorang ibu yang melihat anak lelakinya yang berusia tiga tahun berkelakuan aneh terjawab apabila anaknya didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, perkara itu disahkan oleh doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur yang merawat mangsa.

“Pada 15 April, ibu kanak-kanak berkenaan telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah melihatnya berkelakuan aneh dan tidak seperti biasa.

“Rawatan dilakukan telah mengesahkan air kencing mangsa adalah positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, siasatan awal mendedahkan pada 14 April lalu, mangsa telah dijaga oleh ayah tirinya berusia 38 tahun di Nilai.

Dalam pada itu, katanya polis sedang mengesan seorang lelaki iaitu Mohd Faresh Khalid yang bekerja sebagai tukang jahit beralamat di Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Taman Desa Jasmin, Nilai.

Mohd Fazley berkata, dia dicari untuk membantu siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai, Asisten Superitendan Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-8005225 atau pegawai pegawai penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-33330025, Inspektor Normi Hashim di talian 013-6949623 atau balai polis berhampiran,”katanya. Awani

Bapa tiri ditahan dera kanak-kanak perempuan 4 tahun hingga mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker