Empat ciri Pas parti tidak berintegriti, kata Prof Agus


Pas dalam beberapa aspek memenuhi maksud integriti tetapi daripada tindakan politik, banyak lagi ciri-ciri asas integriti yang tidak parti itu laksanakan, kata Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menyenaraikan empat ciri yang menunjukkan Pas tidak berintegriti.

Pertama, jelasnya, Pas menggunakan fahaman perkauman dan manipulasi agama yang menimbulkan keresahan masyarakat.

Parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga, katanya, berperilaku tidak seperti yang diungkapkan.



Dalam masa sama, Pas dilihat tidak konsisten antara apa yang diucap dengan perbuatan dan keempat, parti tersebut tidak menyelesaikan masalah rakyat.

“Di Kelantan misalnya, janji manifesto dalam PRU-14 banyak lagi yang belum tertunai seperti masalah air, kebersihan, pekerjaan, pembalakan, dan kemiskinan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi menerusi Minda Presiden yang disiarkan di Facebooknya, 12 April lalu berkata, tiada gunanya kerajaan mempunyai majoriti besar tetapi tidak berintegriti.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, Ahli Parlimen Marang tersebut berkata, Islam sebelum ini memulakan pemerintahan dengan kuasa minoriti.



Sehubungan itu, Agus membangkitkan enam persoalan sejauhmana Pas faham dengan integriti memandangkan banyak aspek nilai integriti yang tidak parti itu laksanakan.

“Apakah duduk semeja makan sambil bersembang itu politik integriti? Apakah bekerjasama sesama parti Melayu itu politik integriti?

“Apakah berada dalam satu pakatan dengan MIC dan MCA seperti sekarang ini politik integriti?Apakah menangguhkan perjuangan RUU355 itu politik integriti?

“Apakah menolak DAP itu politik integriti?” soalnya sambil menyifatkan fahaman Abdul Hadi tentang integriti sebagai “kabur dan sempit”.



“Selain bersetuju kita mesti menolak pemimpin berbohong dan kleptokrat, hujah lain Presiden Pas tentang integriti lemah dan memerlukan penelitian semula,” tegasnya.

Beliau menegaskan pentingnya integriti sebagai perjuangan menegakkan keadilan, menghapuskan kemiskinan, mengiktiraf kebebasan rakyat, dan meraikan kepelbagaian difahami memandangkan komposisi negara ini yang multi etnik.

“Paling baik sekali ialah kita memahami integriti itu sebagai “embarking on a nation building effort.”

“Setelah merenung panjang, satu sahaja coretan akhir saya: Pas perlu meningkatkan lagi nilai integritinya,” tambah Agus lagi. MD



Hadi tidak layak cakap pasal integriti dan majoriti – Zaid

Related Articles

One Comment

  1. berdusta pun sudah halal demi maslahat parti dan pimpinan..
    teknokrat kepala bana, glc pun banyak disapu..
    saman fitnah pun hampir semua kalah..
    manifesto peringkat negeri pun banyak gagal walaupun sudah memegang kerajaan persekutuan..
    bersekongkol dengan parti rasuah, parti khianat dan “daging babi dalam gulai kawah”..
    dap, dong zong, ltte, sekolah vernakular dan segala macam musuh Islam katanya dulu masih gagal diharamkan..
    bmf dan tulisan jawi kirim salam..
    industri judi dan arak masih beroperasi, malah industri judi ditambah baik lagi dari zaman dap..
    ruu 355 dan hudud (nyawa kami katanya) pun hilang ditelan ghanimah..

    semua isu yang parti Islam bising dahulu semasa menjadi pembangkang, tidak selesai satu pun semasa sudah menjadi kerajaan..

    jadi, ini semua perkara di atas ini dipanggil “ada integriti” ke..?

    🤔🤔🙃🙃

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker