Biodata dan Latar Belakang Rita Nadira

Rita Nadira merupakan antara pelakon yang bakal menjayakan drama adaptasi novel, Jujurlah Nikahi Aku karya Umie Nadzimah yang dijangka menemui penonton di slot Drama Vaganza di saluran Astro Ria.

Drama rantaian arahan Rashid Sibir itu antara lain dibintangi nama-nama popular seperti Sean Lee, Uyaina Arshad, Raja Azura dan Zaidi Omar.

 



Biodata Rita Nadira

1. Menggunakan nama komersial, Rita Nadira.

2. Berkelulusan Ijazah Seni Persembahan (Teater) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

3. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan model.

4. Kerap menghiasi pentas peragaan, termasuk aktif menjayakan penggambaran kempen fesyen dan halaman fesyen mewakili jenama pakaian dan juga majalah tempatan.



5. Antara lakonannya termasuk menerusi drama Jujurlah Nikahi Aku dan telefilem Kisah Seram Hostel.

6. Laman sosial Instagramnya atas nama @ritanadira_ sehingga kini sudah diikuti lebih 51,000 netizen.

 

Fakta Menarik

  • Adik kepada Rita Suraya yang juga merupakan seorang peragawati.
  • Mempunyai raut wajah Pan Asia yang mana agak berbeza dengan kakaknya yang berkulit sawo matang.
  • Datuk sebelah bapanya merupakan India Muslim, manakala neneknya pula berbangsa Cina. Menganggap dirinya mempunyai kulit cerah kerana mengikut keturunan neneknya.
  • Menjalinkan hubungan cinta dengan aktor muda, Ahmad Ezzrin Loy atau lebih dikenali sebagai Ezzrin Loy yang juga adik kepada aktres Elfira Loy.
  • Merancang untuk mendirikan rumah tangga di usia 27 tahun kelak.

Foto



https://mykmu.net/2021/04/16/biodata-dan-latar-belakang-erra-fazira/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker