“Mama, please don’t fix me,” – Kata-kata anak autism ini buat ibu tersentak.


Percaturan Allah tidak pernah silap. Setiap apa yang berlaku pasti terkandung hikmah di sebaliknya. Luahan hati ibu yang dikenali sebagai Syahirah Omar ini cukup menyentap rasa.

Jelasnya, sewaktu Lana Darwisya masih kecil, fokusnya lebih kepada ingin ‘memperbaiki’ si anak. Lebih membebankan, pandangan dan kata-kata masyarakat sekeliling yang tidak mahu memahami keadaan ‘kasut’ mereka sekeluarga.

Walau bagaimanapun, pesanan Lana buatkannya tersentak. Ulas Lana, pastinya Allah punya sebab tertentu mengapa dia terpilih untuk menerima ujian istimewa ini.

Ikuti perkongsiannya.

“Pernah tak kita rasa down bila orang tak faham apa yang kita rasa? Bertambah pedih bila sudahlah tak faham, paksa itu ini, dictate kita itu ini.

Pasti rasa sedih dan marah kan?

Itulah yang anak autistik lalui.

Pernah saja aku rasa give up dengan dia. Bukan sekali, bukan dua kali, malah berkali kali. Segala rawatan alternatif, terapi, dan macam-macam supplement aku paksa dia makan. Pergi kelas sana sini, beli barang terapi, semua aku dah buat.

Nak ajar dia duduk sekejap je pun dah azab sangat rasanya. Itu belum cerita nak suruh dia pandang muka mama lagi.

Dia tak mahu, dia tantrum, dia cederakan diri sendiri. Dia menjerit sekuat hati. Sebab apa? Sebab aku sendiri pun dah tak faham dia.

Teringat luahan perasaan Lana bila dia dah besar ni. Dia tulis pesanan buat kita semua mak ayah yang diuji dengan anak istimewa.

“Mama, please don’t fix me,

We as special kids are the chosen on by Allah and you as a parent, you are the chosen one to raise us. This is your fate that you must accept even it’s hard,”

Kemudian part ni memang terus mama menangis.

” We came to this world maybe we are not perfect just like other kids. But everybody is not perfect right? We are not defected products by Allah because Allah never make mistakes. There must be a reason why you are the chosen one to have us”

Waktu baca ni memang teringat balik sebenarnya waktu dia kecil, aku bukan lebih kepada nak bantu dia. Aku cuma nak fix dia. Aku tak redha pun dia begitu.

Mulut cakap redha. Tapi nak terima tu memang berbolak balik hati ni. Biasalah kita manusia.

Bukan aku bantu dia dengan penuh kasih sayang, tapi aku cuma mahu dia jadi sepertimana yang aku bayangkan.

Bukan aku bantu dia untuk kebaikkan dia, kadang kala cuma mahu dia sama seperti anak anak orang lain yang dilahirkan sempurna. Tekanan dibeza-bezakan, buatkan aku letakkan high expectation pada Lana.

Sebab aku cuma mahu dia jadi seperti apa yang aku doakan. Tapi sikit pun aku tak nampak ini hadiah dari Tuhan.

Buat mak ayah,

Anak ini amanah. anak ini diberi bukan sekadar untuk dia berkata-kata. Anak ini amanah, bukan untuk dia duduk taat pada kita saja. Allah cuma mahu kita benar benar faham, untuk apa anak ini dihantar kepada kita di dunia.

Jika terduduk menangis, sabarlah. Ingatkan semuanya tak pernah sia-sia. Kerana Tuhan sentiasa mempunyai cara yang indah untuk kita hamba-Nya tersenyum semula walaupun ujian sentiasa ada.

– Syahirah Omar.”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker