Kita Kalah Dulu , Mana Batang Hidung Khairy Jamaluddin (KJ)?
Tindakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang cuba menangguk di air keruh dengan menggesa pemilihan UMNO disegerakan mendapat kecaman seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi yang disifatkan sebagai usaha untuk merosakkan parti tersebut.
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membidas Khairy yang menghilangkan diri selepas kekalahan UMNO dalam pilihan raya umum ke-14 lalu dan memberi amaran keras kepadanya supaya berhati-hati dengan kenyataan menghentam pucuk pimpinan parti.
“Saya beri amaran, jangan ingat kita bodoh. Kita tahu siapa dia, apa yang dia lakukan dan apa yang dia mahu,” kata Tajuddin
Tajuddin memberi alasan jika pemilihan parti diadakan tahun ini ia akan mengganggu persediaan parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 nanti.
“Apabila PRU, banyak persiapan perlu dibuat. Kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal, jadi jika kita cerita tentang pemilihan parti sebelum PRU, kita akan hilang fokus.
“Apa guna kita sibuk-sibuk dengan pemilihan parti, nak pegang jawatan dan sebagainya jika esok lusa bila pilihan raya, semuanya bercempera (berpecah-belah). Jadi dari segi keutamaan sudah salah di situ,” ujarnya lagi.
Khairy baru-baru ini secara terbuka mengeluarkan kenyataan menggesa supaya pemilihan parti itu disegerakan sekiranya UMNO mahu menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu.
Beliau juga berkata semasa pemilihan parti ditangguhkan sebelum ini, UMNO juga tetap tewas dalam pilihan raya umum ke-14 buat kali pertama dalam sejarah dan tidak ada alasan mengatakan pemilihan hanya akan mengganggu persediaan parti mengadapi pilihan raya umum nanti.
Ujarnya lagi, pemilihan perlu diadakan bagi memberi kepimpinan yang mempunyai mandat jelas dan mendapat sokongan rakyat.
You must be logged in to post a comment.