Majlis buka puasa di masjid, surau seluruh Perak dibenarkan ikut SOP — MYKMU.NET

Majlis buka puasa di masjid, surau seluruh Perak dibenarkan ikut SOP



Sebaran :

 

IPOH: Penganjuran majlis berbuka puasa dan moreh selepas solat sunat tarawih sepanjang Ramadan di semua masjid dan surau di negeri Perak dibenarkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Memetik laporan BH Online, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya akan menyediakan garis panduan berhubung perkara itu yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“SOP yang lebih terperinci akan diedarkan kepada semua masjid dalam sehari dua lagi. Namun apa yang boleh saya katakan setakat ini, hidangan secara berhidang turut dibenarkan, tidak hanya juadah secara bungkus.



“Keputusan sama ada juadah secara berhidang atau juadah secara bungkus terpulang kepada jawatankuasa masjid masing-masing.

“Yang penting pastikan SOP dan kena ada penjarakan fizikal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) tidak membenarkan jamuan makan diadakan di masjid atau surau termasuk di perkaranganya biarpun membenarkan perlaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau negeri mengikut kapasiti dewan solat.



Bagaimanapun minggu lalu, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri sedia mempertimbangkan cadangan JAIPk supaya masjid di negeri ini menganjurkan bazar Ramadan pada tahun ini susulan kebenaran mengadakan bazar Ramadan yang diberikan kerajaan pusat baru-baru ini.


Sebaran :


Leave a Reply