Demi tunai sanggup bunuh, apatah lagi lompat parti – Mahathir

 

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menjelaskan budaya ‘tunai itu raja’ telah merosakkan masyarakat dan negara, sehinggakan “sanggup bunuh orang pun boleh.”

Justeru itu jelas Mahathir tidak menghairankan sekiranya wakil rakyat menukar sokongannya demi habuan wang.

“Apatah lagi cuma untuk lompat parti.

“Dinding tinggi pun lepas. Kalau nak bertanding dalam PRU, guna cash tetap menang punya.

“Tak cukup cash, curi la. Nanti kena tangkap? Tak, hulur cash, tak jadi tangkap,” katanya sinis pada hantaran di blog hari ini.

Sebelum ini, PN didakwa sedang menarik sokongan ahli parlimen pembangkang menggunakan ugutan pihak berkuasa dan tawaran habuan.

SPRM telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gabungan beberapa parti politik bahawa suruhanjaya itu dijadikan sebagai ‘senjata politik’ dalam melaksanakan tindakannya.

Pihak polis juga menafikan menjadi alat menyokong PN dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula menyangkal dakwaan pihaknya menjalankan kegiatan percukaian, seperti audit dan siasatan, dengan bemotif politik.

Annuar cadang tubuh Muafakat Nasional 2.0

Pada 13 Mac lalu, Anggota Parlimen Kuala Langat Dr A Xavier Jayakumar mengumumkan keluar PKR untuk menjadi penyokong PN.

Ia berlaku selepas dua ahli parlimen lain dari PKR – Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) – mengambil langkah sama sebelum itu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir hari ini juga menyindir pihak yang sanggup mengorbankan maruah dan kehormatan negara demi mengejar harta dan kekayaan.

“Bodohlah kalau tak balaih (curi).

“Hilang negara pun tak apa. Bangsa diperlekeh pun tak apa. Aku sekarang millionaire.

“Apa kata kalau kita jual negara? Berapa harga? Kena harga – bayar tunai, tanpa cukai, ok (Right price – pay in cash, tax free, okay),” kata ahli parlimen Langkawi

Mahathir tanpa menyebut nama dipercayai turut menyindir bekas perdana menteri Najib Razak dan pembabitannya dalam skandal penyelewengan syarikat pelaburan negara, 1MDB.

“Tak cukup cash – dengan kuasa yang dikurnia oleh rakyat yang dapat cash, tubuh syarikat, pinjam duit, curi duit cukup untuk selamat diri dan menang PRU,” perlinya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker