Zahid Bermadah Bicara ‘Katak’
Saya rasa tertarik nak berkongsi berkenaan kisah seorang pemancing yang merungut harga katak mahal. “Harga katak sudah mahal woiii. Sudah cecah RM15 sekilogram”.
Mungkin sebab itu semakin banyak katak di pasaran sejak tahun lalu.
Laporan Utusan Malaysia menyebut Malaysia menghasilkan 1,775,847 ekor katak pada 2020.
Bertambah 39,247 ekor daripada 1,736,600 ekor pada 2019.
Tapi kena faham. Ini bukan katak liar. Ini katak belaan. Katak yang diternak tauke tertentu.
Mungkin ramai tidak tahu bagaimana katak ternakan ada nilai jual beli di pasaran?
Tiada kerjasama untuk PRU-15? Itu hanya ucapan di PAU – Anwar
Banyak kegunaan katak. Selain daripada melompat-lompat, katak dibeli untuk tujuan pancing.
Ada kaki pancing menggunakan katak sebagai umpan untuk menangkap ikan.
Katak hidup dikatakan lebih efektif berbanding katak tiruan untuk memperdaya ikan.
Katak turut dijadikan sebagai sumber makanan eksotik oleh golongan tertentu.
Walaupun saya kaki pancing, tetapi saya tidak pernah gunakan katak sebagai umpan.
Sebab ada orang kata berdosa dan saya juga tidak akan makan katak walaupun masak tiga rasa.
Bagi orang beragama Islam, makan haiwan dua alam adalah haram ternasuk katak dan labi-labi.
FB: Zahid Hamidi
Menteri Umno tak berani letak jawatan, pengecut, tak setia, kata Nazri
You must be logged in to post a comment.