PAU 2020: Tiga tahun BN jatuh, ekonomi Malaysia hilang daya saing – Johari Ghani
KUALA LUMPUR: Hanya baru tiga tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memerintah, ekonomi negara dilihat jauh ketinggalan.
Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan ekonomi negara ketika ini tidak mempunyai kelebihan yang kompetitif (berdaya saing).
Beliau berkata, alasan wabak COVID-19 yang menjadi punca kepada masalah itu sedikitpun tidak membantu memulihkan kedudukan ekonomi negara.
“(Ekonomi) Malaysia sudah ketinggalan. Kita sudah tidak ada kelebihan yang kompetetif. Baru tiga tahun tidak perintah dan ketinggalan jauh.
“Pelaburan langsung asing (FDI) jatuh (dan) menteri cakap pasal COVID-19. Indonesia tiada COVID-19 agaknya. Negara sebelah itu lagi teruk COVID-19, tetapi FDI naik sampai AS$18 bilion,” katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Johari turut menempelak alasan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menyalahkan kejatuhan ekonomi adalah kerana negara mengamalkan pelaburan berpilih.
“Ada lagi satu menteri lagi dasyat, kita jatuh pasal we are very selective in our investment.
“Selective meniaga apa? Takkanlah (syarikat) multinasional macam Tesla, Amazon, Samsung pergi negara jiran, dia cakap selective?” soalnya.
PAU 2020: UMNO boleh bincang apa sahaja ini PAU mereka, PAS terus komited pertahan penyatuan ummah
Sementara itu, beliau menambah, sebanyak tiga kali krisis ekonomi berjaya diatasi sepanjang tempoh 61 tahun pemerintahaan kerajaan BN.
Katanya, kejayaan itu adalah kerana BN pada ketika itu mempunyai kestabilan politik yang amat kukuh.
“Kita pernah berdepan krisis ekonomi pada tahun1985 dan 1986 (iaitu) krisis komoditi. Dunia huru hara kekurangan makanan. Tapi kita dapat atasi kerana kita punyai kestabilan.
“(Pada tahun) 1997 dan 1998, sekali lagi kita berdepan dengan Asian financial crisis (AFC), tetapi pada ketika itu BN sangat kukuh dan kita beri kestabilan dalam negara, sebab itu kita dapat atasi AFC ini dengan cemerlang dalam masa setahun.
“Kemudian sekali lagi pada tahun 2008 dan 2009, kita berdepan dengan global financial crisis (GFC). Tadi AFC, selepas itu global pula. Juga kita berjaya mengatasinya kerana pada ketika itu BN beri kestabilan politik pada negara, banyak benda boleh buat dan atasi,” ujarnya lagi.
Kata-kata Muhyiddin bukti Bersatu dan UMNO tidak boleh bersama
You must be logged in to post a comment.