Komen setiakawan dan kerjasama PAS-UMNO, Takiyuddin mula bermadah

Selepas nama parti disentuh beberapa kali oleh pemimpin Umno yang sedang bersidang sekarang, pemimpin PAS hari ini memberikan reaksi tersirat namun tetap lembut.

Untuk menjawab apa yang dilontarkan itu, mereka membangkitkan persoalan setia kawan ketika Umno semakin menghampiri memuktamadkan keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, misalnya membuat hantaran ringkas dan bermadah mengenai prinsip setia kawan sejati.



“Setia kawan sejati bukan sampai tegah kawan berkawan (dengan orang lain), kawan adalah rezeki persahabatan yang datang.

“Aku mungkin hilang kau kawan yang tak menghargaiku, tapi kau hilang aku kawan yang betul-betul mempercayaimu. I may have lost someone who didn’t love me, but you lost someone who truly loved you,” kata Takiyuddin dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

PAU 2020 : Jangan beretorik jika mahu parti Melayu bersatu, kata Hishammuddin



Umum mengetahui hubungan PAS dengan Umno sedikit terusik apabila status parti itu yang menyertai Perikatan Nasional (PN) walaupun masih bersama dengan Muafakat Nasional (MN) dibangkitkan dalam perhimpunan kali ini.

Malah Pemuda PAS sendiri menzahirkan rasa marah mereka apabila isu berkenaan dikaitkan dengan peristiwa pertembungan kumpulan Khawarij dan Sayidina Ali Abi Talib.

Malah, beberapa pemimpin Umno secara terbuka mendesak supaya PAS menyatakan pendiriannya sama ada mahu kekal bersama Umno ataupun bersama Bersatu dalam PN.

Bagaimanapun pimpinan tertinggi Umno dan PAS menegaskan hubungan mereka masih utuh dan bersetuju untuk memperkasakan MN.



 

PAU 2020: Zahid Marahkan ‘Apit Lempang’, Ahli UMNO Minta Sebutkan Nama Supaya Dibawah Tidak Berantakkan

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker