Pertemuan Zahid, Kuli dan Najib: Memperkukuhkan Parti & Memahami Denyut Nadi Akar Umbi

UMNO-ONLINE melaporkan berlangsung pertemuan antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak lewat malam tadi.

Antara pandangan serta isu-isu yang diperbincangkan ialah.

1. UMNO – suara akar umbi.



– Apa yang diputuskan oleh akar umbi, UMNO mesti tegas mendengar dan melaksanakan amanah akar umbi tanpa sebarang kompromi.

2. Perhimpunan Agung UMNO

-Platform terbaik untuk memperkukuhkan parti dan meneruskan kesinambungan solidariti di kalangan ahli serta pimpinan pelbagai peringkat.

-Jalan terbaik untuk memperkemaskan formula bagaimana UMNO terus bergerak ke depan mendepani cabaran.



3.Muafakat Nasional

– Lihat kepada senario semasa dan sebarang keputusan yang diambil mestilah berpaksikan kepada suara UMNO

4.Ekonomi negara

– Keadaan ekonomi yang tidak menentu memberi impak kepada negara. Keputusan IBM akan menutup Pusat Penyampaian Global di Cyberjaya pada 31 Mei ini adalah satu bukti nyata bagaimana keadaan ekonomi negara sekaligus memberi kesan yang menyeluruh.



– Begitu juga soal hutang negara yang melebihi 60 peratus daripada KDNK. Nisbah hutang negara kepada KDNK sudah naik ke 62.2% pada akhir tahun 2020.

Tapi pada masa yang sama kerajaan memberitahu bahawa nisbah 62.2% tidak menyalahi had 60% yang ditetapkan. – UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker