Ringgit terus merosot

 

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut hari ini berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek pertumbuhan global yang mengekang minat risiko di pasaran, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1290/1320 berbanding dolar AS daripada 4.1200/1250 semalam.



Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata sentimen di pasaran agak lemah terutamanya disebabkan faktor luaran.

“Ringgit merosot berikutan jangkaan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan ketika perintah berkurung terkini di Eropah serta potensi kenaikan cukai di AS yang mengekang minat risiko dan meningkatkan kebimbangan terhadap penawaran berlebihan,” katanya.

 

32 pegawai ditahan dalam operasi JPJ-SPRM terhadap sindiket lori



Adam berkata, perkembangan terkini mengenai sekatan yang dikenakan oleh Kanada, AS, United Kingdom dan Kesatuan Eropah (EU) terhadap China berikutan pembabitan pegawai kanannya dalam penahanan besar-besaran umat Islam Uighur di wilayah Xinjiang akan dipantau rapat oleh penggiat pasaran.

Perkembangan mengenai perkara terbabit akan mempengaruhi pergerakan ringgit, sekali gus memberi petunjuk kepada mata wang tempatan.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.



Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0690/0719 daripada 3.0673/0717 pada Selasa dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8006/8037 daripada 3.7909/7966.

Bagaimanapun, unit tempatan menokok berbanding pound Britain kepada 5.6687/6741 daripada 5.6749/6834 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8858/8910 daripada 4.8983/8059.

-BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker