Pengiraan nisbah hutang statutori kepada KDNK

Malam semalam, Menteri Kewangan PN akhirnya mengeluarkan kenyataan media untuk:

1) Mengesahkan pengiraan nisbah hutang statutori kepada KDNK yang diberi dia sebelum ini tidak mengambil kira beberapa jenis hutang dan pinjaman asing.

2) mengesahkan bahawa nisbah hutang adalah 62.2% pada akhir tahun 2020 (dan bukan 58% seperti dilapor dia sebelum ini) jika mengambil kira jenis-jenis hutang yang biasanya digunakan dalam pengiraan nisbah hutang – iaitu telah mencecah angka 60%.

3) Mengesahkan bahawa kerajaan PN telah menukar dasar hutang kepada dasar fiskal yang “lebih fleksibel” untuk lawan Covid.

Sebelum ini, kerajaan PN telah berjaya mengusul dan meluluskan kenaikan had hutang kerajaan dari 55% ke 60% dalam parlimen pada bulan Ogos 2020 lalu.

Biarpun pengiraan “yang lebih fleksible” dia ialah 58% ataupun 62.2% mengikut pengiraan yang diguna pakai kerajaan BN dan PH dahulu, realitinya ialah kerajaan PN telah banyak meminjam lagi pada suku pertama tahun ini.

Minggu lepas, dia sendiri juga telah mengaku bahawa sasaran defisit bajet 2021 sebanyak 5.4% yang dibenarkan dan diluluskan dalam parlimen pada akhir tahun lepas sudah dicecah dan kini pada tahap 6% biarpun kita masih dalam tempoh suku pertama tahun 2021.

“Malaysia’s fiscal deficit is expected to rise to 6% of gross domestic product (GDP), from an earlier estimate of 5.4%, this year following the implementation of the PEMERKASA stimulus package announced by Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.”

https://www.theedgemarkets.com/…/malaysias-fiscal…

https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-0/p180x540/162350147_10157780993715952_6298813359073509247_n.png?_nc_cat=102&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=wBwviGkiksUAX8fzzzJ&_nc_ht=scontent.fkul13-1.fna&_nc_tp=30&oh=95e1ab132f42cbea1a6a9eb7b662265a&oe=607F453B

Disamping meminjam pada kadar yang jauh lebih laju setakat ini, kadar pertumbuhan KDNK bagi suku-1 tahun ini juga diunjur sebagai negatif akibat perlaksanaan PKP 2.0 dan darurat.

Bila hutang naik, nisbah hutang kepada KDNK akan naik.

Bila KDNK jatuh, nisbah hutang kepada KDNK juga akan naik.

Januari 2021 (Pinjam RM19 bilion)

7 Jan 2021: Pinjam RM3.5 bilion https://bit.ly/2ZfKxRD

12 Jan 2021: Pinjam RM3 bilion https://bit.ly/2LQUO3p

15 Jan 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/3rWxX5X

19 Jan 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/37ge55I

22 Jan 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3dg9iW0

26 Jan 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/3poeA3W

Februari 2021 (pinjam RM13 bilion)

4 Feb 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/2N6XoTD

9 Feb 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/3barZrd

19 Feb 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3amcr4P

24 Feb 2021: Pinjam RM3.5 bilion https://bit.ly/2PRWfjL

Mac 2021 setakat ini (pinjam RM16.5 bilion)

5 Mac 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3cmoSgA

10 Mac 2021: Pinjam RM1.5 bilion https://bit.ly/3rIj8El

15 Mac 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/30DOT5w

17 Mac 2021: Pinjam RM2.5 bilion https://bit.ly/3vxd5Vu

22 Mac 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/3tE4heA

Pinjaman baru setakat ini (sebelum mengambil kira pembayaraan hutang) adalah setinggi RM48.5 bilion dan jika mengambil kira penguncupan KDNK bagi suku 1 2021, nisbah hutang akan naik lagi.

Dan hutang keseluruhan juga dijangka oleh kerajaan PN untuk naik ke RM975 bilion pada akhir tahun 2021- iaitu nisbah 64.5% JIKA unjuran kerajaan PN untuk pertumbuhan KDNK yang amat optimistik sebanyak 7.5% dapat dicapai.

Sebab itu, saya telah beberapa kali kata bahawa ianya tak salah untuk kerajaan meminjam untuk beri bantuan kepada Rakyat pada masa pandemik.

Tapi ianya salah jika kerajaan melanggar undang-undang sendiri dan had hutang yang telah diusulkan kerajaan yang kemudiannya diluluskan parlimen.

Jika had ini tidak penting, buat apa kerajaan PN usulkan untuk dinaikkan pada tahun lepas?

Ianya juga salah jika kerajaan PN menipu dan menafikan had hutang sudah tercecah biarpun laporan-laporan rasmi Kementerian Kewangan sendiri nyatakan dengan jelas bahawa nisbah hutang sudah pada paras 62.2% pada akhir tahun 2020.

Kerajaan boleh tipu sendiri dan tipu Rakyat tapi kerajaan tidak mampu tipu ahli-ahli ekonomi dan pelabur asing yang tidak akan senang bahawa kerajaan cuba menipu data fiskal negara.

Nisbah hutang 60% sudah cecah. Defisit bajet 5.4% bagi belanjawan 2021 yang diluluskan dalam parlimen pada akhir tahun lalu juga telah cecah.

Sekiranya kerajaan bertukar tangan lagi pada masa hadapan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap menteri-menteri kerajaan PN jika keadaan ini tidak diperbetulkan dan dilulus parlimen.

Jadi, kerajaan PN perlu jujur dan perbetulkan keadaan secepat mungkin.

Bawalah usul baru untuk menaikkan lagi had hutang untuk diluluskan dalam parlimen sebagaimana kerajaan PN pernah buat pada bulan Ogos tahun lalu.

Hutang negara bukan isu kecil yang hanya memberi kesan kepada kerajaan PN hari ini sahaja.

Tak kira bahawa kerajaan PN sudah tukar dasar kepada dasar hutang yang lebih fleksibel atau tidak. Hutang adalah hutang dan kerajaan-kerajaan masa depan bersama Rakyat perlu berdepan dengannya pada akhirnya.

Najib Razak

Baru 22 hari tahun 2020, Ph sudah pinjam 11 billion – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker