Dua ‘buaya’ dikenal pasti penyokong jenayah luar tabii: Abdul Hadi

 

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi bayangan terdapat dua individu dianggap sebagai ‘buaya’ yang dikenalpasti sebagai penyokong jenayah luar tabii.

Abdul Hadi berkata, terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian tanpa mahu menyebut nama individu berkenaan yang berselindung di sebalik golongan tokoh liberal, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bagaimanapun katanya, satu daripada ‘buaya’ berkenaan telah menyelam semula ke dasar sebelum sempat ditangkap.

“Nampak yang timbul dua ekor tetapi satu sudah menyelam balik.

“Orang ramai dapat menilai siapa yang timbul dan siapa yang menyelam balik,” katanya sambil berseloroh kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Abdul Hadi pada 9 Mac menulis mengenai berkenaan kedudukan Islam dalam Perlembagaan telah ‘mengena umpan’ apabila berjaya mendedahkan pihak-pihak tertentu yang sebenarnya merupakan penyokong jenayah luar tabii.

 

Tiga lelaki serumah ditahan rogol wanita

Beliau mendakwa, individu terbabit dikenal pasti daripada golongan tokoh liberal, media dan NGO.

Menurutnya, bukan mudah untuk mendedahkan kebenaran tentang seseorang penyokong dan pembela ‘makhluk’ di luar tabii kerana ia merupakan sifat yang sangat memalukan.

“Saya tidak menyangka tulisan saya berkenaan kedudukan Islam dalam Perlembagaan menjadi pancing yang dimakan umpannya.

“Maka buaya yang ganas akhirnya dapat ditangkap walaupun bijak berselindung di bawah permukaan air yang paling tenang yang disangka tiada buaya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, bukan mudah untuk individu itu melakukan dan menyokong perbuatan luar tabii.

Pekdakwah Selebriti dibawa ke mahkamah bagi rayuan reman

“Bahkan sebahagian dalam kalangan bukan Islam juga tidak mahu menjadi peminat kepada golongan terkutuk kerana semua agama yang mempunyai kitab menentang amalan tersebut.

“Maka, tidak sepatutnya orang Islam yang menyokong dan menjadi peminat kepada perbuatan tersebut,” ujarnya.

Menurut Abdul Hadi, perbuatan tersebut telah menjadi kebiasaan dalam negara kerana dunia sudah terlampau menuntut kebebasan.

“Kebebasan berkenaan perbuatan luar tabii juga dituntut dan hari ini manusia memperjuangkan hak asasi binatang secara gigih berbanding hak asasi manusia itu sendiri,” katanya.

Seks luar tabii: Hormat keputusan mahkamah, jangan cetus spekulasi – Zulkifli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker