Ordinan Darurat: Tindakan terhadap berita palsu, bukan kritikan, kata menteri

 

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah menegaskan kerajaan tidak akan menggunakan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 sebagai senjata politik untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin politik.

Beliau berkata penguatkuasaan ordinan itu sebaliknya hanya untuk menangani penyebaran berita tidak benar berhubung Covid-19 dan proklamasi darurat.

Katanya, ordinan itu bertujuan melindungi rakyat daripada tertipu dengan berita palsu dan bukannya menyelamatkan kerajaan.

“Penguatkuasaan ordinan ini tiada kena mengena dengan kita mahu mempertahankan atau melindungi kerajaan,” katanya ketika mengulas dakwaan sesetengah pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa tujuan utama kerajaan menguatkuasakan ordinan berkenaan adalah untuk menyekat kebebasan rakyat dan pemimpin politik daripada mengkritik.

Peguam bimbang kuasa besar kerajaan menerusi Ordinan Darurat

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku “Menghormati Lambang-lambang Kebesaran Negara’ dan Kad Laporan Setahun KKMM.

Tambah Saifuddin, ordinan itu hanya untuk melindungi rakyat daripada tertipu dengan berita tidak benar sehingga tidak mahu mendaftar untuk pengambilan vaksin Covid-19 kerana tertipu dengan dakwaan vaksin buatan China menggunakan bahan haram atau vaksin daripada negara lain tidak selamat.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin, menolak dakwaan kononnya Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar, melompat parti kerana menerima tekanan daripada kerajaan.

Katanya, dakwaan itu hanya mainan politik kerana kerajaan tidak pernah memaksa mana-mana Ahli Parlimen supaya menyokong Perikatan Nasional (PN).

Darurat , apa yang perlu kita tahu mengenainya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker