Isu Undi-18, Puteri UMNO kecewa kerajaan tiada pendirian tetap


Pergerakan Puteri UMNO kecewa dengan perubahan nada secara tiba-tiba kerajaan berhubung pindaan undi kepada umur 18 tahun (Undi-18) sebagaimana dipersetujui sebelum ini.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Kata beliau, RUU itu disokong oleh 211 Ahli Parlimen dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN) ketika itu dengan 11 orang lagi tidak hadir.

“Kita menyokong penuh RUU itu untuk mengangkat aspirasi anak muda seawal 18 tahun menentukan siapa kerajaan yang akan membela mereka di masa hadapan.



“Hari ini, ada pemimpin berpengaruh dalam parti tertentu menyatakan sebaliknya, seolah-olah mahu menafikan hak dan suara anak muda.

“Soalan saya, kenapa tiba-tiba berubah nada? Sendiri yang mahu pinda, sendiri kata tidak praktikal?” soalnya menerusi Facebooknya, hari ini.

Pada Rabu lalu, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim dilaporkan berkata, kelayakan mengundi PRU pada umur 18 tahun yang sepatutnya berkuatkuasa Julai ini tidak dapat diteruskan walaupun Dewan Rakyat sudah meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi alasan, pelbagai kekangan ke arah pelaksanaannya sebelum negara ini benar-benar bersedia membenarkan pendaftaran pengundi seawal usia itu.



“Ini soal politik. Walaupun sudah lulus tetapi memberikan senarai bakal pengundi berusia 18 tahun itu mengambil masa yang sangat lama. Ia kena diambil daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan senarai konstituensi atau kawasan-kawasan (seluruh negara),” kata Rais. MG

Pas mahu bawa RUU 355 lepas darurat, kata Hadi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker