Tiada rehat bagi anggota polis bertugas di sekatan jalan raya

Sebaran :


TIADA waktu rehat untuk anggota polis yang diarahkan bertugas di sekatan jalan raya dan tindakan tegas akan diambil jika ada yang ingkar.

Itu ketegasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang turut mengakui menerima aduan terdapat anggotanya yang mengambil ringan tanggungjawab mengawal di sekatan jalan raya.

“Arahan tegas telah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Negeri seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak supaya mengetatkan kawalan di setiap sekatan jalan raya.

“Pemeriksaan kenderaan akan dibuat secara lebih tegas untuk mengelak sebarang percubaan rentas negeri,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.



Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan Ketua Polis Negeri mengeluarkan arahan kepada setiap petugas anggota polis di sekatan jalan raya termasuk di lebuh raya dan sempadan negeri untuk tiada ruang rehat dalam mengawal keadaan.

“Waktu rehat sembahyang diizinkan secara bergilir sementara boleh rehat seketika.

“Misalnya, terdapat 10 orang bertugas di waktu puncak dan sesak, semua perlu turun kawal pemeriksaan supaya dapat mempercepatkan laluan kenderaan pada masa yang sama diperiksa.

“Saya tak mahu PDRM dipersalahkan dan tak sanggup lihat sekali wujud kluster rentas negeri seperti sebelum ini,” katanya. SM




Sebaran :

Leave a Reply