PAS-UMNO Selangor Tolak Tawaran Jawatan Penggerak Tempatan, Zuraida Mahu Penjelasan
PETALING JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, akan mendapatkan penjelasan Umno dan PAS Selangor berhubung penolakan pelantikan jawatan dalam Penggerak Komuniti Tempatan (PKET), sebagaimana agihan oleh kementeriannya baru-baru ini.
Umno dan PAS Selangor dalam menolak jawatan yang ditawarkan itu mengingatkan jawatan kerajaan “bukanlah bahan tawar-menawar” dan “bukan dipergunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu”.
“Kita perlu mendapatkan penjelasan terlebih dahulu, sama ada ia satu situasi tulen atau sebaliknya. Kita akan jumpa mereka dan memutuskan perkara itu,” kata Zuraida pada sidang media di Syarikat Perumahan Negara Berhad.
Kenyataan bersama Ketua Umno Selangor, Noh Omar, dan rakan sejawat dalam PAS, Ahmad Yunus Hairi, mengesahkan PAS yang mula-mula menolak jawatan PEKT dengan tidak mencalonkan nama.
Umno yang menghantar nama untuk jawatan PEKT, kemudian mengikut langkah PAS “sebagai tanda solidariti”.
You must be logged in to post a comment.